My Blog List

Wednesday, 11 June 2014

Orientasi Seksual

Orientasi Seksual

Definisi orientasi seksual
Setiap individu mempunyai orientasi seksual masing- masing. Biasanya kita akan mengalami perasaan romantis dan tertarik secara seksual terhadap pasangan berlainan seks (heteroseksual). Remaja menaruh perasaan terhadap seseorang dan mungkin bertindak mengikut perasaan tersebut. Terdapat pelbagai jenis orientasi seksual iaitu:
  • Heteroseksual - Tarikan romantik dan seksual terhadap pasangan yang berlainan seks
  • Biseksual - Tarikan romantik dan seksual terhadap kedua-dua jantina
  • Homoseksualiti - Tarikan romantik dan seksual terhadap jantina yang sama
  • Gay(MSM) - Suatu label yang diberikan kepada lelaki yang mempunyai tarikan seksual kepada lelaki lain
  • Lesbian - Suatu label yang diberikan kepada kaum wanita yang mempunyai tarikan seksual kepada wanita yang lain
  • Transvestisme - Lelaki yang suka memakai pakaian wanita dan mempamerkan diri dikenali sebagai pondan atau maknyah
  • Transeksual - Perempuan atau lelaki yang merasai diri mereka sepatutnya tergolong pada seks yang berlainan. Mereka merasakan bahawa mereka mempunyai organ seksual yang salah. Justeru itu, mereka menjalani pembedahan pertukaran seks

Soalan yang kerap ditanya tentang homoseksualiti
1. Adakah saya seorang homoseksual?
  • Anda mungkin tertarik terhadap mereka yang sejenis dengan anda, tetapi itu tidak bermakna anda seorang homoseksual
  • Sekiranya anda mempunyai hubungan romantik yang berpanjangan sesama jantina, anda akan menjurus ke arah homoseksual
  • Jika anda menurut kehendak nafsu untuk melakukan aktiviti seksual dengan jantina yang sama, kemungkinan besar anda seorang homoseksual
  • Anda tidak semestinya seorang yang aktif dalam seksual untuk menjadi seorang homoseksual
2. Apakah akibat homoseksualiti?
  • Menderita dalam diam. Mereka hanya berpura-pura sebagai heteroseksual, berkahwin dan mempunyai keluarga hanya untuk memenuhi kehendak masyarakat
  • Berisiko tinggi untuk mendapat
    • Penyakit mental (kemurungan/membunuh diri)
    • Penyalahgunaan dadah
    • Masalah tingkah laku
Yang paling penting, mereka berisiko tinggi untuk mendapat Jangkitan seksual (STI's)jika mereka melakukan hubungan seks tanpa perlindungan
3. Mengapa homoseksualiti tidak diterima oleh agama dan negara?
  • Homoseksualiti dianggap bertentangan dengan lumrah kehidupan
  • Ianya bercanggah dengan fungsi reproduktif yang semula jadi
  • Di Malaysia, semua agama utama melarang perlakuan gay dan lesbian. Homoseksualiti adalah salah di sisi undang-undang
4. Bagaimana anda membantu mereka yang homoseksual?
  • Anda perlu peka mungkin ada rakan sebaya anda sedang menghadapi konflik dengan orientasi seksual mereka. Sentiasa sensitif terhadap perasaan mereka
  • Mereka juga mempunyai perasaan seperti orang lain. Oleh itu, mereka berhak diberi layanan yang sama seperti orang lain
  • Jangan mendiskriminasikan rakan sebaya anda berasaskan orientasi seksual mereka. Elakkan diri atau rakan sebaya anda melabelkan mereka dengan panggilan seperti "pondan", "bapok" atau "lembut"
5. Bagaimana homoseksualiti disabitkan dengan AIDS?
  • AIDS mula sekali dikesan di kalangan lelaki homoseksual
  • Perbuatan liwat boleh mencederakan dubur dengan mudah
  • Oleh itu, virus HIV mudah menjangkiti lapisan permukaan dubur
6. Adakah homoseksualiti satu penyakit?
  • Tidak, homoseksual bukan satu penyakit
  • Ia tidak dijangkiti atau berjangkit
  • Homoseksualiti juga TIDAK dianggap sebagai masalah kesihatan mental oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Persatuan Psikiatri Amerika
  • Hubungan seks yang tidak selamat mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit
7. Apa yang boleh dibuat sekiranya saya seorang homoseksual?
  • Dapatkan bantuan dari pusat atau institusi yang menyediakan khidmat sokongan
  • Anda mungkin boleh berubah sekiranya anda mahu
  • Sila dapatkan nasihat sama ada dari anggota kesihatan, kaunselor di sekolah, pakar psikologi atau menghubungi badan-badan bukan kerajaan seperti BEFRIENDERS

Akibat
  • Jika anda memilih heteroseksual anda tergolong dalam kumpulan kebanyakan.
  • Jika anda memilih homoseksualiti atau biseksual anda patut sedar yang anda memilih untuk kurang diterima oleh masyarakat.

Keinginan & Kawalan Seksual

Keinginan & Kawalan Seksual

Apakah keinginan seksual
  • Keinginan seksual merujuk kepada minat seseorang dalam seks
  • Dorongan seksual adalah suatu perasaan dan desakan yang normal
  • Ia mempengaruhi pemikiran, kelakuan dan fantasi

Adakah keinginan seksual itu normal?
  • Perasaan ini adalah normal dan ia adalah sebahagian dari proses pembesaran
  • Setiap individu akan mengalami perasaan ini, ia disebabkan oleh perubahan hormon
  • (Lihat Memahami Remaja)
  • Hormon ini penting untuk fungsi reproduktif dan seksual

Bilakah keinginan seksual menjadi tidak sihat?
  • Keinginan seksual yang tidak terkawal dan mendorong ke arah keganasan    seksual (contohnya, rogol)
  • Tarikan seksual terhadap kaum sejenis, kanak-kanak dan haiwan

Apakah faktor yang mempengaruhi keinginan seksual?
Faktor yang bertanggungjawap termasuklah :
Dorongan dalaman
  • Sebagai seorang remaja yang normal, anda akan mempunyai perasaan dan minat seksual.
  • Anda akan merasai tarikan seksual dan emosi terhadap kaum berlainan jenis, anda terdorong untuk menjalinkan hubungan fizikal.
  • Pendedahan kepada pesanan-pesanan lucah
    • Pendedahan yang berterusan terhadap maklumat yang akan menaikkan nafsu syahwat dalam bentuk media (contohnya, tayangan, television, majalah, internet dan lain-lain).
  • Kurang penyeliaan dan bimbingan dari orang dewasa yang bertanggungjawab.
    • Anda mungkin mendapat informasi yang salah tentang seksualiti di tempat-tempat seperti cybercafe tanpa bimbingan orang dewasa.
       
  • Situasi persekitaran
    • Bersendirian dengan pasangan anda di tempat yang sunyi seperti taman, dalam kereta, bilik, rumah dan tempat-tempat yang lain boleh meningkatkan nafsu syahwat anda.

Bagaimana saya boleh mengawal keinginan seksual?
  • Berwaspada terhadap ransangan dalaman anda serta persekitaran yang boleh meningkatkan nafsu syahwat anda.
  • Percaya dan berpegang pada nilai yang ada dalam diri anda.
  • Elakkan diri daripada situasi yang boleh membawa kepada peningkatan nafsu syahwat.
  • Jika keinginan seksual timbul, anda harus :
    • Hormati batasan masing-masing
    • Ketahui batasan anda
    • Belajar cara berkomunikasi dan bertolak ansur. Berani berkata TIDAK
    • Bertanggungjawab dan mengetahui akibat dari tindakan anda (Konsep 3R dan seksualiti)
Dapatkan informasi dari sumber yang boleh dipercayai :
  • Ibubapa anda
  • Guru
  • Doktor
  • Guru Agama
Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang membina kemahiran. Contohnya :
Luahkan perasaan anda dan berkomunikasi dengan ibubapa anda atau orang dewasa yang boleh dipercayai.
Melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang sihat. Contohnya: menjadi seorang sukarelawan dalam aktiviti kebajikan

Penderaan Seksual

Apa itu penderaan seksual?
  • Penderaan seksual adalah apabila seorang kanak-kanak atau remaja digunakan untuk mencapai kepuasan seks
  • Kerapkali kanak-kanak atau remaja tidak faham akan situasi ini dan tidak dapat menghalang/mengelak daripada situasi tersebut
  • Penderaan seksual selalu berkait dengan salahguna kuasa, kepercayaan dan tanggung jawab oleh pendera
Ia melibatkan kesemua aktiviti seks seperti:
  • Pendedahan kepada kelakuan yang tidak senonoh dan tidak sopan
  • Pornografi
  • Sentuhan payudara, kemaluan dan melancap
  • Semua jenis hubungan seks termasuk seks oral, seks faraj dan seks dubur

Di mana penderaan seks biasanya berlaku?
Penderaan seksual boleh berlaku di :
  • Rumah -  Perbuatan ini dilakukan oleh ahli keluarga atau saudara mara
  • Luar Rumah - Perbuatan ini dilakukan oleh jiran, penjaga, guru, orang yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak atau remaja tersebut atau orang yang tidak dikenali

Apakah tanda-tanda /petunjuk lazim?
  • Kesakitan yang tidak dapat diterangkan seperti sakit kepala yang berulang-ulang, sakit abdomen yang berulang-ulang dan susah untuk tidur
  • Tanda-tanda trauma atau jangkitan seperti discaj dari faraj atau perdarahan daripada bahagian dubur
  • Kerisauan tinggi, keraguan dan kemurungan.
  • Kecelaruan konversif - kehilangan fungsi tubuh secara psikologikal
  • Mengalami jangkitan penyakit kelamin
  • Gangguan cara makan seperti anorexia nervosa dan bulimia nervosa
  • Perubahan kelakuan
  • Kelakuan seksual atau pengetahuan yang tidak berpatutan (seperti terlalu banyak melancap)
  • Kehamilan remaja
  • Penyalahgunaan dadah
  • Susah mengecam identiti lelaki/perempuan
    • Seorang budak lelaki yang menjadi mangsa penderaan seksual oleh seorang lelaki dewasa tidak bermakna dia itu homosexual)
  • Kelakuan seksual yang tidak terkawal / Seks rambang
  • Mencederakan diri sendiri
  • Tidak mahu pergi ke sekolah
  • Masalah kelakuan atau melakukan perbuatan jahat
  • Kemerosotan pencapaian akademik di sekolah atau tidak menumpukan perhatian ketika di sekolah
  • Kenyataan dari mangsa seperti 'dia menyentuh saya'
Kebanyakan kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seks menunjukan tanda-tanda normal semasa pemeriksaan fizikal oleh doktor. Ini tidak bermakna penderaan seks tidak berlaku.

Apakah kesannya kepada mangsa?
Tiada siapa yang bersiap sedia untuk menghadapi penderaan seks. Kesannya termasuk :
  • Perasaan marah
  • Perasaan bersalah
  • Perasaan iri hati
  • Perasaan malu
  • Takut akan keretakan keluarga
  • Konflik dalaman terhadap kasih sayang
  • Keliru
  • Merasa rendah diri
  • Merasa tidak berguna
  • Pandangan kacau bilau terhadap seks
  • Hidup terasing dan kurang mempercayai orang
  • Kecenderungan untuk bunuh diri
  • Gangguan personaliti
  • Garang
  • Mungkin akan jadi pekerja seks

Apa perlu dilakukan jika anda adalah mangsa penderaan seksual?
  • Ianya bukan salah anda.
  • Ianya merupakan satu kegiatan jenayah oleh orang yang memaksa anda ke kancah perlakuan seks
  • Anda mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap tubuh anda.
  • Beritahulah ibubapa atau orang yang boleh dipercayai seperti guru atau saudara mara. Masih belum terlewat untuk memberitahu.
  • Melaporkan insiden tersebut kepada orang yang menjaga tempat-tempat seperti berikut :
    • Pusat Khidmat Bersepadu di Hospital kerajaan
    • Mana-mana hospital atau klinik
    • Balai polis
    • Jabatan Kebajikan - perkara-perkara sulit dan maklumat anda akan dirahsiakan oleh pegawai sosial.
    • Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO's) seperti Women Aids Organizations ;www.wao.org.my & Women Center for Change www.wccpenang.org/wcc

Apa perlu dilakukan jika anda mengesyaki penderaan seks telah berlaku?
Anda boleh:
  • Memberitahu guru, guru kaunseling atau orang dewasa yang dipercayai.
  • Membawa mangsa ke Pusat Khidmat Bersepadu untuk membuat aduan polis dan pemeriksaan perubatan.
  • Memberitahu Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat.
  • Meminta bantuan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan yang releven (WAO,WCC)

Apakah yang boleh dilakukan untuk mangsa penderaan seksual?
  • Jangan salahkan mangsa.
  • Menggalakan mangsa untuk melaporkan kejadian tersebut dan terus melapurkannya sekiranya ia berulang.
  • Berikan sokongan emosi dan tempat perlindungan sekiranya boleh.
  • Jika boleh pastikan pendera tidak dapat mendampingi mangsa tersebut. Dalam kes sumbang mahram, pastikan si mangsa tidak bersendirian bersama-sama si pendera.

Bagaimana anda boleh menghalang penderaan seks atau serangan seks?
  • Berhati-hati dalam memilih kawan
  • Jangan keterlaluan dalam kelakuan dan cara berpakaian
  • Jauhkan diri daripada kawan-kawan yang terlibat dengan kelakuan berisiko tinggi dan melakukan kegiatan sosial yang tidak berpatutan
  • Memberitahu ibubapa kemana anda pergi dan dengan siapa
  • Membezakan antara sentuhan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan (membelai payu dara, peha dan punggung)
  • Perlu diingatkan bahawa badan anda adalah tanggungjawab anda
  • Jangan tumpang kenderaan mereka yang tidak dikenali
  • Jangan terima minuman atau minuman daripada tin yang terbuka yang diberikan oleh orang
  • Jangan terima wang atau hadiah tanpa sebab yang munasabah
  • Jangan melepak pada waktu malam dan di tempat sunyi
  • Elakkan bahan pornografi
  • Elakkan dari orang-orang yang cuba menarik minat anda kepada bahan pornografi
  • Sekiranya seseorang menunjukkan alat kemaluan atau meminta anda menyentuh kemaluannya, jangan beri perhatian tetapi beritahulah orang dewasa yang boleh dipercayai

Apa yang harus dilakukan jika anda seorang pendera seks atau mengenali seorang pendera seks?
  • Anda perlu meminta bantuan daripada kaunselor, anggota kesihatan, guru, pekerja sosial atau pun mereka yang boleh dipercayai.

Pornografi /lucah

Pengenalan
Istilah "pornography" berasal dari "porneia", perkataan Greek untuk pelacur. Istilah ini membawa makna "penulisan tentang pelacur".

Apakah maksud Pornografi?
Pornografi bermaksud bahan bertulis atau visual yang merangsang keinginan seksual, dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca. Ia juga dikenali sebagai"porn", "smut" dan bahan-bahan lucah.

Bolehkah seseorang itu ketagih terhadap Pornografi?
Ya, keadaan ini di gelar ketagihan Pornografi di mana ia melibatkan penggunaan melampau atau penyalahgunaan Pornografi.

Apakah kesan-kesan ketagihan Pornografi?
Terdapat pelbagai kesan-kesan yang tidak sihat :
  • Ia menggalakkan seks luar nikah
  • Ia menyumbang ke arah penganiayaan seksual kanak-kanak dan keganasan seks
  • Pengaruh negatif terhadap perkembangan seksual
  • Sikap dan nilai seksual yang negatif . Contoh: kelakuan seks luar tabii, orientasi seks yang tidak normal dan tidak menghormati kaum wanita seperti hanya menganggap mereka sebagai objek seks
  • Masalah emosi dan perhubungan. Contoh: rasa bersalah, malu, dan ketagihan
  • Masalah undang undang. Contoh: memiliki, jual beli, menonton bahan bahan pornografi adalah salah dari segi undang undang

Di mana anda boleh mendapat bantuan jika anda terlibat?
Anda perlu berbincang dengan :
  • Ibu bapa anda
  • Orang dewasa yang dipercayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru sekolah
  • Doktor

Bagaimana untuk mengelakkannya?
  • Elakkan mencari, membaca dan melihat bahan-bahan lucah.
  • Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela www.befrienders.org.my.
  • Patuh kepada ajaran agama dan budaya kerana ia juga melarang semua jenis pornografi.
  • Elakkan tekanan rakan sebaya.Lihat Ketegasan.

Apakah implikasi undang-undang?
  • Penjualan bahan-bahan lucah kepada remaja terkandung dalam Seksyen 239 dalam Kod Penal
  • Ia menyatakan sesiapa yang menjual, menyewakan, menyebarkan, menunjukkan atau mengedarkan bahan-bahan ini atau menawarkannya atau cuba untuk berbuat seperti di atas, kepada seseorang yang berumur di bawah dua puluh tahun boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Mitos Mengenai Melancap

  • Anda boleh menjadi buta, botak atau mengalami pelbagai jenis kecacatan sekiranya anda melancap.

    Tidak benar. Tiada fakta menyokong pendapat ini.
     
  • Anda boleh menjadi gila sekiranya anda melancap.

    Tidak benar. Melancap tidak boleh menyebabkan gila.
     
  • Anda akan mengurangkan rasa sensasi di kemaluan sekiranya anda melancap.

    Tidak benar. Tiada fakta menyokong pendapat ini.
     
  • Kepuasan seksual (orgasm) akan berkurangan sekiranya anda melancap.

    Tidak benar. Juga tiada fakta menyokong pendapat ini.
     
  • Anda akan mengalami kurang kenikmatan seks ketika melakukan persetubuhan sekiranya anda melancap.

    Tidak benar. Tiada fakta yang menyokong pendapat ini.
     
  • Ketinggian anda akan berkurangan dan pertumbuhan badan terbantut sekiranya melancap.

    Tidak benar. Tiada fakta menyokong pendapat ini.
     
  • Anda tidak boleh mendapat anak sekiranya anda melancap.

    Tidak benar. Terdapat banyak sebab seseorang tidak boleh mempunyai anak. Melancap bukan salah satu sebabnya.

Melancap Atau Onani Tidak Bahaya Sebenarnya

Penulis sempat mengikuti satu seminar kesihatan, dalam seminar itu penulis tertarik dengan soalan yang ditanya oleh peserta seminar dan juga jawapan yang diberikan
Soalan yang ditanya oleh salah seorang daripada peserta itu adalah mengenai beronani secara berlebihan, adakah aktiviti yang dilakukan itu boleh menjejaskan kesihatan dan tahap kekerapan dilakukan
Sebagai makluman, jawapan yang diberikan adalah dari sudut pandang dalam bidang perubatan. Jangan terkejut jika onani masih dianggap sebagai perkara yang wajar atau normal namun ia perlu dilihat dari pelbagai aspek
Menurut satu kajian, antara 70-90% orang melakukan onani
Namun secara perubatan, tiada panduan khusus tentang kekerapan melakukan onani untuk diklasifikasikan normal atau tidak



Kesan beronani
Melancap atau onani tidak bahaya sebenarnya jika bertujuan untuk mengatasi masalah seksual yang tinggi
Dalam bidang perubatan, kesan positif atau negatif akibat melakukan onani adalah sama dengan kesan aktiviti hubungan seksual biasa
Walau bagaimanapun, onani dianggap lebih selamat daripada risiko penularan penyakit seksual
Onani hanya akan dianggap sebagai gangguan kesihatan (tidak normal) apabila ia menjadi penghalang dalam hubungan seksual dengan pasangan (jika onani mengakibatkan seseorang kehilangan nafsu seks terhadap pasangan seksualnya)
Onani yang sengaja dilakukan di hadapan umum atau apabila onani menyebabkan tekanan psikologi yang berlebihan kepada diri seseorang
Pun begitu, jika melakukan onani secara berlebihan ia turut mengundang kepada masalah kesihatan antara yang ditakuti oleh golongan lelaki adalah “mati pucuk”
Golongan wanita juga tidak terkecuali daripada ketagih onani. Apabila mereka melancap rangsangan tertumpu kepada kelentit serta bibir luar faraj, dan kurang perhatian kepada saluran faraj dan bahagian yang lebih dalam ( mungkin takut kehilangan dara atau mencederakan bahagian dalam )
Gangguan jiwa
Jika terjebak dalam aktiviti beronani, jangan letakkan diri dengan rasa penuh penyesalan, senang cerita bak kata pepatah “buang yang keruh ambil yang jernih” selalunya orang yang beronani ini akan mencari bahan bacaan yang menceritakan kesan negatif onani
Dari pembacaan itulah yang akan mencetuskan perasaan bersalah setelah melakukan onani. Hal ini secara tidak langsung boleh menyebabkan gangguan perasaan tambahan pula sebilangan budaya, tradisi, kepercayaan atau agama menganggap onani sebagai salah atau berdosa
Namun, secara psikologi, keinginan seksual yang berlebihan dapat diatasi dengan menyalurkan keinginan itu terhadap perkara-perkara kreatif dan berkaitan dengan bidang kesenian seperti menyanyi atau bermain alat muzik, merakam gambar atau melukis, serta menulis
Secara positifnya, janganlah beronani lagi lakukan senaman untuk menenangkan diri seperti meditasi atau yoga juga dapat membantu mengatasi masalah keinginan seksual yang berlebihan


mysumber : melancap atau onani tidak bahaya sebenarnya http://www.mysumber.com/melancap-atau-onani-tidak-bahaya-sebenarnya.html#ixzz34JplyYgA

Tuesday, 22 April 2014

Petua Memujuk Teman Lelaki Yang Merajuk

Mengapakah si dia merajuk?
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya.

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. 

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.