My Blog List

Tuesday 22 April 2014

Petua Memujuk Teman Lelaki Yang Merajuk

Mengapakah si dia merajuk?
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya.

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. 

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

Tips Cinta Jarak Jauh

Cinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindudendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.

Ini merupakan tips yang boleh diguna pakai oleh mereka yang sedang bercinta jarak jauh dalam mengekalkan hubungan cinta masing-masing walaupun jarak menjadi penghalang.


1. Jelas dengan Harapan dan Batasan
Sebelum bermula untuk meneroka dunia cinta jarak jauh, pasangan harus mempunyai harapan dan batasan. Pada Julai 2007, Yusry terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta dengan gaji RM80 ribu setahun. Teman wanitanya, Lisa tidak boleh turut serta kerana mempunyai komitmen kerja di Johor Bahru dan mereka belum merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam tempoh yang terdekat. Untuk memulakan perhubungan cinta jarak jauh mereka, Yusry dan Lisa membuat perjanjian untuk telefon at least sekali sehari tidak kira bagaimana sibuk pun mereka. Mereka berjanji tidak akan meluahkan masalah dengan teman lain yang berlainan jantina kerana apabila berjauhan, hati vulnerable dengan perhatian yang diberi orang lain. Jika mereka punya cuti, masing-masing akan cuba untuk berjumpa. Jadi dengan mengenalpasti harapan dan batasan, pasangan akan lebih memahami apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan ketika berjauhan.


2. Menghargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat

dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali tetapi jika rindu itu perlu diratap sehingga membawa mati atau sekurang-kurang membutakan mata anda sendiri, bukankah tidak wajar begitu? Ketika berjauhan daripada
pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang
dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton
bola hingga lewat pagi. Yusry yang berjauhan dengan teman wanitanya,
dia sering menghabiskan masa dengan X-box kerana dia tahu ketika dia
bersama dengan Lisa, X-box perlu disimpan dahulu. Menghargai kebebasan ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi seorang individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen anda terhadap perhubungan.


3. Luahkan Perasaanmu
Kalau dekat-dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam,
inilah masanya untuk intim dengan pasanganmu. Walaupun berada jauh
antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi
penawar rindu anda kepada si dia. Sesekali guna balik pos biasa dengan menghantar surat cara lama kepada pasangan anda berbanding dengan emel. Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat itu. “Ingat lagi masa kita baru jumpa dulu? Abang tak berani pandang muka Ina. Tapi Ina suka tengok Abang malu-malu.” Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaanmu bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa, memupuk asmara.



4. Pancawarnakan Kehidupanmu
Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks
atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. “Kalau abang ada di rumah
sekarang, sayang nak buat apa pada abang?” Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang
mengujakan! Untuk mereka yang masih bujang, hantar kad yang menarik
atau kadang-kadang mungkin boleh kejutkan dia dengan kiriman bunga atau hadiah. Ketika pulang dari kerja, Zeti menjerit suka apabila terlihat sebuah bungkusan diterima daripada buah hatinya di Sarawak yang mengandungi sepasang baju dengan nota, “Aku merinduimu”.


5. Mempercayai Satu Sama Lain
Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Apabila menelefon Yusry, Lisa selalu merengek kenapa mereka terpaksa berpisah dan betapa sukarnya perhubungan jarak jauh. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positivity agar anda tidak bosan walaupun berjauhan.


Secara ringkasnya, bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan.

Fantasi Isteri Ketika Melakukan Hubungan Seks Dengan Anda

Fantasi Isteri Ketika Melakukan Hubungan Seks Dengan Anda - Setiap wanita mempunyai fantasi masing – masing ketika melakukan hubungan seks. Mereka rangsang diri mereka melalui fantasi yang berada di fikiran mereka. Fantasi bagi isteri anda ketika melakukan hubungan seks adalah kehendak dia iaitu sesuatu yang dia sangat inginkan dari anda. Jadi, mengetahui apa yang isteri anda fantasikan boleh membantu anda untuk mengetahui kehendak sebenar isteri anda diranjang. Apabila anda tahu kehendak sebenar isteri anda, sudah tentu lebih senang untuk anda memuaskannya.

Mengikut kajian, ada dua perkara utama yang selalu wanita fantasikan ketika melakukan hubungan seks iaitu:

Perkara pertama : Mereka fantasikan seluruh badan mereka di rangsang ketika hubungan seks

Ketika melakukan hubungan seks, isteri anda biasanya akan setkan (mindset) atau fantasikan di dalam minda mereka bahawa seluruh badannya di rangsang oleh anda. Mereka sangat inginkan seluruh badan mereka di sentuh, di cium dan di belai dengan kasih sayang. Oleh itu, anda lakukan apa yang perlu untuk rangsang seluruh badan isteri anda. Saya pasti jika anda berbuat demikian terhadap isteri anda, dia akan alami nikmat yang luar biasa. Usah gelojoh dan terburu-buru, lakukan dengan kelembutan dan penuh kasih sayang. Kunci utama adalah anda perlu tenang dan usah risau ketika melakukannya. Sikap yang tenang akan membawa anda untuk mudah melakukannya. Untuk melakukan hubungan seks yang klimaks, pastikan anda bermula perlahan dan sedikit demi sedikit tingkatkan kelangsungan tindakan anda. Rangsangan yang berjaya adalah bermula dari ‘gear 1′ hingga lah ke peringkat yang lebih tinggi. Anda tentu faham apa yang dimaksudkan disini.

Perkara kedua : Mereka fantasikan anda akan menyetubuhi mereka dengan bersungguh – sungguh

Apabila saat bermulanya hubungan seks, isteri akan fantasikan anda akan menyetubuhi dia sehingga dia letih dan tidak berdaya lagi. Jadi, sebelum melakukan hubungan seks, pastikan anda bersedia dan cukup rehat, dan stamina yang konsisten kerana ini adalah perkara yang di ingini isteri anda. Jika anda letih berehatlah atau tidur terlebih dahulu. Hubungan seks yang elok juga berlangsung pada pukul 2-3 pagi, pada ketika anda terjaga, kerana anda akan berasa segar disamping susana yang sunyi tanpa gangguan. Hargai setiap tubuhnya dan berikan belaian yang sepenuhnya untuk meningkatkan lagi keyakinannya. Keyakinan juga perlu ketika hubungan seks supaya isteri bersemangat untuk melakukannya. Hormon dalam badan akan bertindak balas dengan cepat bila keyakinan ada dalam hubungan seks itu, dan ini memberikan kebahagiaan kepadanya. Oleh itu, jika anda melakukan hubungan seks dan menyetubuhi isteri ana dengan bersungguh-sungguh, nikmat klimaks akan dapat dirasai bersama, dan memberikan impak yang diingkan olehnnya. Ramai suami gagal memahami situasi ini dan hal ini menyebabkan isteri berasa bosan, tertekan, resah, dan dingin kerana apa yang diingikan tidak dapat dipenuhi. Ramai isteri tidak untuk memberi tahu masalah mereka kepada suami kerana

risau suami akan berkecil hati atau marah. Masalah ini boleh mempengaruhi kehidupan seharian isteri anda. Dengan itu anda haruslah peka dengan situasi ini dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan nafkah batin nya dan penuhi keinginan fantasinya.

Kedua – dua perkara di atas sentiasa bermain di fikiran seorang isteri apabila mereka di setubuhi anda. Gunakan ilmu ini untuk memuaskan isteri anda. 

tips lelaki ; Proses Seorang Wanita Untuk Alami Orgasme



Proses Seorang Wanita Untuk Alami Orgasme - Perasaan orgasme bagi wanita adalah berbeza – beza mengikut individu. Ia di buktikan seorang pengkaji yang membuat kajian terhadap ribuan wanita mengenai orgasme dan beliau memperoleh ribuan jawapan yang berbeza apabila dia bertanya apa yang wanita rasa ketika mereka alami orgasme.

Walaupun rasa orgasme adalah berbeza, proses untuk seseorang wanita itu mencapai orgasme adalah sama bagi setiap dari mereka. Berikut adalah proses umum bagaimana seorang wanita alami orgasme.

Semua wanita akan alami orgasme apabila mereka di rangsang secara emosi dan fizikal. Jika wanita itu hanya di rangsang secara fizikal, dirinya amat susah untuk alami orgasme dan jika dia alami pun, orgasme itu tidak beri apa – apa kesan pada dirinya.

Apabila seorang wanita di rangsang secara emosi sehinggakan wanita tersebut rasa teringin untuk melakukan hubungan seks, fizikal wanita terbabit secara automatik akan bersedia untuk lakukan hubungan seks.

Darah akan mengalir dengan deras ke kawasan seksual seperti pinggul, vagina, mulut, payudara, bahagian dalam peha, perut dan sebagainya. Di sebabkan itu, sel – sel seksual akan sensitif pada sentuhan dan wanita akan terangsang apabila anda meraba – raba di kawasan yang terkumpulnya sel – sel seksual seperti di klitoris, dalam vagina, bahagian dalam peha dan payudara.

Apabila seorang wanita di rangsang secara berterusan, perasaannya akan meletup lalu dia akan alami orgasme. Orgasme adalah gerakan otot di kawasan faraj. Otot bergerak dengan berirama dan perasaan ketika itu sangat nikmat.

Biasanya tempoh seorang wanita mengalami orgasme adalah selama beberapa saat sahaja. Kemudian, wanita itu akan rasa keletihan, damai dan rasa sangat selesa. Ada wanita boleh orgasme berkali – kali dalam masa yang sama. Maksudnya selepas alami orgasme kali pertama, dia akan alami orgasme kedua beberapa saat selepas orgasme kali pertama. Tempoh orgasme boleh meningkat sehingga 20 saat jika wanita tersebut benar – benar terangsang.

Apabila seorang wanita alami orgasme, darah – darah yang terkumpul di bahagian seksual akan terus mengalir ke seluruh badan dan ia akan menyihatkan badan kerana melancarkan aliran darah. Bagi wanita yang tidak alami orgasme ketika melakukan hubungan seks, darah akan terkumpul di bahagian di seksual dalam masa yang lebih lama. Akibatnya, fizikal badan akan terjejas.

10 Cara Wanita Membuatkan Lelaki Bernafsu

Godaan. Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.



1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.


3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

CARA MEMICIT JERAWAT DENGAN BETUL

Langkah 1
Cuci tangan! make sure cuci dengan sabun, habis nak cuci dengan apa lagi kan? =.= bersihkan bawah bawah kuku, untuk elakkan jangkitan dan tak melambatkan proses penyembuhan jerawat.
Langkah 2
Cuci muka. guna pencuci muka yang ada bahan antibakteria macam Oxy, Shebamed & etc. kalau pakai mekap, gunakan make up removal dulu, then baru la cuci muka. kulit muka memang sentiasa ada bakteria, sebab peluh and mekap yang dah ditempek berkilo-kilo. kalau tak cuci dulu and terus picit jerawat, bakteria kat luar tu boleh masuk dalam kulit.
Langkah 3
Scrub kat bahagian jerawat, urut lembut2 selama beberapa minit. jangan nak gopoh sangat. tak lari pon jerawat tu. ni untuk buang sel kulit mati dan memudahkan keje nak memicit jerawat. Jangan gunakan scrub untuk badan kat muka tau! kulit badan dengan muka lain der.
Langkah 4
Gunakan sarung tangan, takpon lapik jari dengan tisu sebelum nak picit jerawat. untuk mengelakkan kecederaan yang boleh tinggalkan parut.
Langkah 5
Cari ‘mata’ jerawat, pastu picit bahagian tepi jerawat tu untuk keluarkan isinya. urut sikit utk pastikan isinya keluar. jangan sentuh jerawat tu, kecuali waktu kite nak lapkan isi jerawat yang keluar tu. jangan over picit! nanti akan jadi parut jerawat pulak. dah aku nak kena bagi tips hilang parut pulak kat korang =.=
Langkah 6
Dapkan toner kat atas jerawat tu, or boleh jugak gunakan (garnier/simple) Purifying Lotion untuk mengecutkan jerawat. Product Garnier and Simple ada. tapi kalau product lain tu aku tak pasti lahh. korang try lahh cari.

p/s: Boleh jugak kalau korang nk steam muka dulu sebelum buat langkah2 ni, untuk buka liang pori kita sikit, lagi senang nak picit jerawat tu keluar.