Penulis sempat mengikuti satu seminar kesihatan, dalam seminar itu penulis tertarik dengan soalan yang ditanya oleh peserta seminar dan juga jawapan yang diberikan
Soalan yang ditanya oleh salah seorang daripada peserta itu adalah mengenai beronani secara berlebihan, adakah aktiviti yang dilakukan itu boleh menjejaskan kesihatan dan tahap kekerapan dilakukan
Sebagai makluman, jawapan yang diberikan adalah dari sudut pandang dalam bidang perubatan. Jangan terkejut jika onani masih dianggap sebagai perkara yang wajar atau normal namun ia perlu dilihat dari pelbagai aspek
Menurut satu kajian, antara 70-90% orang melakukan onani
Namun secara perubatan, tiada panduan khusus tentang kekerapan melakukan onani untuk diklasifikasikan normal atau tidak
Kesan beronani
Melancap atau onani tidak bahaya sebenarnya jika bertujuan untuk mengatasi masalah seksual yang tinggi
Dalam bidang perubatan, kesan positif atau negatif akibat melakukan onani adalah sama dengan kesan aktiviti hubungan seksual biasa
Walau bagaimanapun, onani dianggap lebih selamat daripada risiko penularan penyakit seksual
Onani hanya akan dianggap sebagai gangguan kesihatan (tidak normal) apabila ia menjadi penghalang dalam hubungan seksual dengan pasangan (jika onani mengakibatkan seseorang kehilangan nafsu seks terhadap pasangan seksualnya)
Onani yang sengaja dilakukan di hadapan umum atau apabila onani menyebabkan tekanan psikologi yang berlebihan kepada diri seseorang
Pun begitu, jika melakukan onani secara berlebihan ia turut mengundang kepada masalah kesihatan antara yang ditakuti oleh golongan lelaki adalah “mati pucuk”
Golongan wanita juga tidak terkecuali daripada ketagih onani. Apabila mereka melancap rangsangan tertumpu kepada kelentit serta bibir luar faraj, dan kurang perhatian kepada saluran faraj dan bahagian yang lebih dalam ( mungkin takut kehilangan dara atau mencederakan bahagian dalam )
Gangguan jiwa
Jika terjebak dalam aktiviti beronani, jangan letakkan diri dengan rasa penuh penyesalan, senang cerita bak kata pepatah “buang yang keruh ambil yang jernih” selalunya orang yang beronani ini akan mencari bahan bacaan yang menceritakan kesan negatif onani
Dari pembacaan itulah yang akan mencetuskan perasaan bersalah setelah melakukan onani. Hal ini secara tidak langsung boleh menyebabkan gangguan perasaan tambahan pula sebilangan budaya, tradisi, kepercayaan atau agama menganggap onani sebagai salah atau berdosa
Namun, secara psikologi, keinginan seksual yang berlebihan dapat diatasi dengan menyalurkan keinginan itu terhadap perkara-perkara kreatif dan berkaitan dengan bidang kesenian seperti menyanyi atau bermain alat muzik, merakam gambar atau melukis, serta menulis
Secara positifnya, janganlah beronani lagi lakukan senaman untuk menenangkan diri seperti meditasi atau yoga juga dapat membantu mengatasi masalah keinginan seksual yang berlebihan
mysumber : melancap atau onani tidak bahaya sebenarnya http://www.mysumber.com/melancap-atau-onani-tidak-bahaya-sebenarnya.html#ixzz34JplyYgA
No comments:
Post a Comment