My Blog List

Wednesday 11 June 2014

ROGOL

Apa itu rogol?
  • Rogol merupakan satu jenayah.
  • Ia berlaku apabila seseorang dipaksa melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya (penis di masukkan kedalam vagina atau dubur mangsa tanpa mengira peringkat umur).
  • Rogol boleh berlaku secara paksaan, ugutan atau pujuk rayu.
  • Wanita dan kanak-kanak sering menjadi mangsa rogol.
  • Wanita sering terperangkap apabila :
    • Tidak memahami implikasi hubungan seks
    • Terpedaya dengan rawatan bomoh yang menggunakan seks sebagai rawatan
    • Di bawah pengaruh dadah dan alkohol
    • Terpedaya dengan pujukan lelaki yang dikenali/tidak dikenali untuk aktiviti sosial

Apa itu "date rape"?
  • Perogol dan si mangsa mengenali di antara satu sama lain
  • Rogol berlaku semasa pasangan semasa keluar bersama (dating)

Apa itu "statutory rape"?
Ia adalah :
  • Hubungan seks dengan gadis di bawah umur 16 tahun walaupun dengan kebenaran gadis tersebut
  • Ini kerana gadis di bawah umur 16 tahun tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang

Apakah jenayah seksual lain selain rogol?
Gangguan seksual adalah :
  • Kelakuan seksual berbentuk fizikal atau lisan yang tidak dikehendaki. Contohnya :
    • Boleh berlaku secara tidak ketara (seperti pandangan mengoda) atau secara terang-terangan (seperti meraba).
  • Ia mengganggu prestasi pembelajaran atau pekerjaan seseorang.
  • Mewujudkan satu suasana tegang atau menakutkan.
Ia meliputi :
  • Berulang-kali mengajak untuk temujanji yang tidak diingini
  • Jenaka atau kata-kata berunsur seksual/lucah
  • Menepuk, menyentuh atau lain-lain sentuhan badan yang tidak dikehendaki seperti cabul
  • Pernyataan buruk tentang tubuh badan seseorang, pakaian mahupun kelakuan seseorang yang berunsurkan seks
  • Ancaman fizikal

Apakah yang PATUT dilakukan sekiranya anda dirogol?
Perkara pertama yang MESTI anda lakukan :
  • Jangan salah diri anda .Ia bukannya salah anda.
  • Pergi ke tempat selamat . Beritahu orang yang dipercayai.
  • Lakukan pemeriksaan perubatan secepat mungkin. Sebaik-baiknya pada hari yang sama atau dalam tempoh 3 hari.
  • Pemeriksaan SEGERA oleh doktor penting untuk mendapatkan bukti yang kukuh terhadap perogol.
  • Dapatkan bantuan profesional untuk menangani perasaan, keselamatan dan kesihatan anda.

Apakah yang TIDAK PATUT dilakukan sekiranya anda dirogol?
Pemeriksaan segera oleh doktor amat penting bagi mendapatkan bukti yang kukuhterhadap perogol :
  • Jangan tunggu lebih dari 48 jam sebelum berjumpa doktor/polis.
  • Jangan mandi sebelum pemeriksaan doktor.
  • Jangan tukar pakaian.
  • Jangan menggosok gigi.
  • Jangan makan atau minum (seandainya anda telah diberi dadah).
  • Jangan pergi seorang diri. Sebolehnya pergi bersama dengan orang yang dipercayai untuk pemeriksaan doktor/polis.

Mengapa pemeriksaan perubatan penting?
  • Penting untuk mengenalpasti sebarang kecederaan luaran, jangkitan, kehamilan yang tidak dirancang atau mengalami masalah gangguan emosi.
  • Bahan bukti dari segi perubatan adalah perlu bagi mendakwa perogol.

Apakah yang berlaku semasa pemeriksaan perubatan?
Pemeriksaan oleh pegawai perubatan profesional penting untuk :
  • Kaunselor atau pekerja sosial yang terlatih akan berbincang dan mendengar masalah anda.
  • Mengenalpasti sebarang kecederaan atau kemungkinan jangkitan penyakit kelamin(STI 's).Ini melibatkan pengambilan darah, air liur dan cecair vagina mangsa. Spesimen rambut, kulit dan cecair dari badan perogol juga akan dicari.
  • Pemeriksaan juga dilakukan bagi mengenalpasti apa-apa kecederaan.
  • Air kencing dan darah anda turut diperiksa jika disyaki anda telah diberi dadah.

Rawatan apa yang anda perlukan?
Anda perlu dicegah dari mengandung . Doktor mungkin mengambil langkah-langkah berikut :
  • Beri ubat atau pil hormon untuk dimakan serta-merta dan diulangi lagi 2 biji pil selepas 12 jam kemudian.
  • Pil ini boleh menyebabkan anda merasa loya dan payu dara merasa sakit.
  • Rawatan ini dapat mengurangkan risiko kehamilan sebanyak 60 - 90%, bergantung kepada berapa awal anda mengambil rawatan ini.
  • Risiko mendapat penyakit seksual (STIs) semasa dirogol adalah 5 - 10%. Doktor boleh memberi ubat untuk mencegah beberapa jenis penyakit kelamin.
  • Anda mungkin perlu suntikan vaksin hepatitis B sekiranya anda belum pernah mendapat suntikan vaksinasi hepatitis B sebelum ini.
  • Peluang anda mendapat jangkitan HIV selepas dirogol adalah 1%.
  • Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil pil anti-virus selama 4 minggu untuk mengelak jangkitan.

Adakah anda bersalah sekiranya dirogol?
  • Anda tidak bersalah.
  • Sesiapa pun tidak berhak memaksa anda melakukan hubungan seks.
  • Perogol mungkin membuat anda berasa bersalah dengan menyatakan "anda yang memintanya" atau "anda yang mahukannya ".
  • Pakaian, percakapan atau perlakuan anda bukanlah satu sebab untuk anda dirogol. Adalah penting untuk anda melindungi diri anda.
  • Jangan lindungi perogol walaupun anda mengenali.
  • Anda akan merasai pelbagai :
    • Jenis emosi - Malu, takut, marah, terhina atau keliru.
    • Masalah fizikal - sakit kepala, tidak ada selera makan, susah menumpukan perhatian, susah tidur, sering mengalami mimpi ngeri atau imbas kenang (flash back).
  • Kebanyakan mangsa rogol berdiam diri kerana takut ia akan membawa kenangan buruk.
  • Walau bagaimanapun bercakap mengenai rogol dalam suasana selamat dengan bantuan pihak profesional adalah cara terbaik untuk memastikan anda benar-benar sembuh.
  • Setiap mangsa rogol menangani perasaan mereka dengan cara berbeza.
  • Terdapat banyak tempat untuk anda mendapatkan bantuan. Dapatkan bantuan secepat mungkin supaya anda boleh melupakan kejadian tersebut dan merasa tenang.

Apakah yang akan berlaku kepada perogol?
Perogol boleh dihukum menurut undang-undang/pekeliling berikut :
  • Undang-undang (Kanun Tatacara Jenayah Seksyen 375 dan 376) :
    • Perogol boleh di hukum minimum 5 tahun penjara dan maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.
  • Pekelililing Perkhidmatan Awam Bilangan 22 Tahun 2005 (Mengurus Gangguan Seksual Di Tempat Kerja) :
    • Boleh dirujuk sekiranya rogol berlaku di tempat kerja.
    • Seseorang penjawat awam tertakluk kepada hukuman tatatertib yang berkaitan dengannya.

Apakah kumpulan sokongan yang ada di Malaysia?
  • Woman's Aid Organisation. Email : wao@po.jaring.my.
  • Women's Centre for Change, (WCC) Penang. Email: wcc@wccpenang.org.
  • All Women's Action Society (AWAM). Email : awam@po.jaring.my.
  • Sisters in Islam. Email : sistersinislam@pd.jaring.my.
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat : www.jkm.gov.my
  • Terdapat di setiap hospital - Hospital One Stop Crisis Centre (OSCC) - Tel : 03-2616425/03-26156426.
  • Perkhidmatan Kaunseling Organisasi di jabatan-jabatan kerajaan contoh di Kementerian Pelajaran Malaysia - Tel 03-88846000

SUMBANG MAHRAM

Sumbang Mahram

Apakah maksud sumbang mahram?
  • Sumbang mahram adalah hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam.
  • Contoh:
    • Hubungan jenis antara remaja dengan ibubapa mereka, adik beradik, ibubapa saudara, datuk dan sebagainya.
  • Kini, sumbang mahram telah dikenalpasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial.

Siapakah yang berisiko tinggi?
  • Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram.
  • Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan beliau yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri.

Apakah yang boleh saya lakukan jika saya menjadi mangsa sumbang mahram?
  • Ini bukan salah anda.
  • Sumbang mahram satu jenayah yang boleh dihukum.
  • Anda perlu memaklumkan kepada seorang dewasa yang anda boleh percayai seperti guru, kakak, ibu.
  • Perkara ini perlu didedahkan. Ia tidak pernah menjadi satu perkara yang terlewat untuk didedahkan. Walaupun ia adalah perkara yang telah lama berlaku, anda masih boleh mendapatkan pertolongan.
  • Diri anda adalah tanggungjawab anda.

Apakah yang akan terjadi kepada saya apabila perkara sebenar ini diketahui?
  • Ini bukan salah anda.
  • Anda tidak bertanggungjawab di atas apa yang telah terjadi. Anda tidak keseorangan, bantuan sentiasa ada disisi anda.
  • Berkongsilah masalah anda dengan orang dewasa yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai, kawan, guru dan kaunselor.
  • Jika anda tidak mendapat sokongan, dapatkan bantuan dari tempat lain seperti berjumpa dengan doktor anda.
Untuk keselamatan anda, anda akan dirujuk kepada :
  • Doktor
  • Polis
  • Pekerja sosial
  • Kaunselor
  • Rumah atau tempat perlindungan sementara jika perlu

Apakah yang terjadi kepada pesalahlaku?
Hukuman : Minima lima tahun penjara dan maksima dua puluh tahun termasuk sebatan.
  • Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang khusus untuk kesalahan. Sumbang Mahram. Ia termasuk dalam kanun keseksaan Seksyen 375 and 376 iaitu kesalahan merogol
  • Rogol ialah hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang wanita yang bukan isterinya dan tanpa kebenaran wanita tersebut, manakala "statutory rape" ialah hubungan seks dengan seorang perempuan di bawah umur 16 tahun, walaupun dengan kebenaran perempuan tersebut.

Apakah kesan sumbang mahram terhadap mangsa?
Sebilangan besar mangsa mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapi apabila mereka meningkat dewasa. Antara kesan-kesan negatif ini adalah :
  • Hilang kepercayaan pada orang lain
  • Takutkan hubungan intim
  • Murung
  • Rasa ingin bunuh diri
  • Tingkah laku yang merosakkan diri sendiri
  • Keyakinan diri yang rendah
  • Rasa bersalah dan marah
  • Rasa terasing dari masyarakat/keluarga
  • Penyalahgunaan dadah
  • Masalah pemakanan
  • Masalah personaliti
Pengalaman yang buruk atau traumatik yang tanpa rawatan sewajarnya boleh menyebabkan Post Stress Traumatic Disorder (PSTD) dan menjejaskan kesihatan mental survivor.
Ramai mangsa sumbang mahram tidak melaporkan perbuatan ini atau tidak memberitahu ibu kerana khuatir ayah/saudara mereka mendapat kesusahan, contohnya dipenjarakan. Kadangkala terdapat juga ibu-ibu yang tidak menyokong anak mereka jika pesalah adalah orang yang menyara keluarga.
Kesan negatif yang serius biasanya terjadi jika mangsa
  • tidak meminta bantuan
  • tidak mendapatkan sokongan dan kaunseling
  • dianiaya dalam jangka masa yang lama
Adalah penting bagi mangsa sumbang mahram mendapat sokongan dan perlindungan. Untuk maklumat selanjutnya rujuk Penderaan seksual.

Apakah kumpulan sokongan yang ada di Malaysia?

Memahami Seksualiti

Memahami Seksualiti

Pengenalan
Perbincangan tentang seksualiti patut dimulakan dengan kesedaran bahawa topik ini dianggap sensitif oleh kebanyakan orang terutamanya bagi masyarakat timur.
Informasi yang terdapat di portal ini telah dirujuk secara meluas oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pendidik, pakar kesihatan, wakil agama dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pendidikan seksualiti untuk remaja.

Apa itu seksualiti?
Seksualiti merupakan satu ekspresi identiti gender (lelaki dan perempuan).
Ia juga suatu perasaan peribadi di mana ia melibatkan kefahaman diri tentang tindak balas dan emosi terhadap seks.
Perasaan ini melibatkan nilai peribadi dan kepercayaan, yang berinteraksi konsep umum tentang seks. Contohnya: cinta dan orientasi seksual.
4 aspek seksualiti (biologi, psikologi, budaya sosial, kerohanian) Terdapat banyak bentuk seksualiti dalam kehidupan. Ia terdiri daripada aspek:
  • Fisiologi
  • Psiko logikal
  • Sosial
  • Kerohanian/agama
  • Budaya
  • Politik

Konsep 3R dan seksualiti
  • Hak - Rights
  • Hormat - Respect
  • Tanggungjawab - Responsibility

Hak asasi
  • Setiap individu berhak untuk mendapat informasi yang betul mengenai seksualiti.
  • Anda mempunyai hak untuk membuat keputusan. Keputusan anda tidak sepatutnya membawa sebarang masalah kepada diri sendiri dan orang lain.
  • Anda mempunyai hak untuk mendapat bantuan perkhidmatan kesihatan.
Hormat
  • Anda perlu menghormati hak diri sendiri, ibu bapa, teman istimewa, rakan sebaya dan masyarakat.
Tanggungjawab
  • Setiap individu mempunyai tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan komuniti.
  • Anda juga bertanggungjawab untuk mencapai potensi dan perkembangan kendiri.
  • Anda juga bertanggungjawab untuk mengelakkan kerosakan diri seperti:
    • Kehamilan yang tidak diingini
    • Melakukan pengguguran
    • Jangkitan seksual

Bagaimana 3R dan seksualiti berhubung kait?
Sebelum hak seksual anda dihormati oleh orang lain, anda harus menunjukkan bertanggungjawab ke atas diri, keluarga dan komuniti
  • Contohnya: Anda bertanggungjawab jika anda tidak melakukan hubungan seks dengan pasangan anda sebelum berkahwin. Komitmen ini adalah simbolpenghormatan anda kepada pasangan anda
Adalah satu tanggungjawab untuk anda menghormati hak asasi komuniti
  • Contohnya: Anda mungkin rasa ia merupakan hak anda untuk berpakaian sesuka hati anda. Walau bagaimanapun komuniti anda, mempunyai nilai yang perlu anda hormati
Anda sebagai seorang yang bertanggungjawab dan menghormati orang lain, anda tidak akan memakai pakaian yang menjolok mata di khalayak ramai

Apakah kesihatan dan tingkah laku seksual?
Kesihatan seksual bukan sahaja meliputi perhubungan seksual.
Ia merupakan satu konsep yang meluas, melibatkan fizikal, mental, emosi dan sosial seseorang.
Ia melibatkan:
  • Badan yang sihat
  • Minda yang sihat dan cerdas
  • Emosi yang sihat
  • Komuniti yang sihat
Kesihatan seksual yang sihat meningkatkan:
  • Personaliti
  • Komunikasi
  • Perhubungan dengan orang lain
  • Perancangan keluarga
  • Keadaan sihat sejahtera
Perasaan seksual
  • Kenaikan nafsu syahwat melibatkan satu atau lebih peringkat tindak balas seksual
  • Biasanya ia melibatkan perasaan tertarik terhadap pihak yang lain
  • Ia mungkin diikuti dengan fantasi aktiviti seksual
  • Ini adalah normal, tetapi jika ia mendatangkan keresahan, minta bantuan dari pihak profesional. Contohnya kaunselor, ahli psikologi, doktor. Lihat kesedaran kendiri

Apakah organ seks?
Organ seksual terdiri daripada payu dara dan kemaluan.
  • Kemaluan lelaki - penis, buah zakar
  • Kemaluan wanita - vagina, labia minora (bibir dalam) dan labia majora (bibir luar), klitoris
Kemaluan lelaki

Pandangan Luaran

Pandangan Dalaman
Kemaluan wanita

Pandangan Luaran

Pandangan Dalaman
Apakah itu seks?
Seks bermaksud melakukan aktiviti seks. Aktiviti seks merangkumi rangsangan perasaan seksual dengan cara berikut:
  • Sentuhan - contohnya membelai, berpeluk
  • Rangsangan pada organ kemaluan - contohnya menyentuh kemaluan
  • Rangsangan oral - contohnya ciuman
  • Pergerakan badan - contohnya tarian secara seksi
  • Pertuturan - contohnya kata-kata yang menggoda secara bersemuka atau melalui telefon
  • Persetubuhan - bermaksud memasukkan penis ke dalam:
    • Vagina
    • Dubur
    • Oral
  • Seks yang lazimnya, merujuk kepada persetubuhan vagina di mana penis dimasukkan ke dalam vagina

Konsep umum mengenai seks
  • Ia merupakan desakan reproduktif yang semula jadi (untuk memulakan satu keluarga).
  • Tarikan asas terhadap pasangan yang berlainan yang merupakan sebahagian hubungan intim.
  • Perasaan peribadi - tarikan seksual yang biasanya dikongsi di antara pasangan yang telah berkahwin.
  • Kebanyakan orang tidak selesa untuk membincangkan perkara ini di khalayak ramai.
  • Semua agama yang utama di Malaysia tidak membenarkan seks sebelum berkahwin kerana ia menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab seseorang individu.

Adakah aktiviti seks berisiko?
Ya!!
Melakukan aktiviti seksual boleh menjurus kepada akibat yang berisiko.
Fizikal/perubatan
Psikologi
  • Bergantung kepada pasangan secara emosi
  • Ketagihan kepada seks/ pornografi
  • Rasa bersalah/benci diri sendiri
  • Malu
  • Tingkah laku mencederakan diri sendiri kerana perasaan bersalah
Sosial
  • Gangguan seksual
  • Penderaan seksual
  • Mencabul
  • Rogol
  • Perasaan prejudis dan stigma sosial, contohnya digelar orang buangan

Mengapa kesihatan seksual itu penting?
Ianya dapat menghalang situasi yang tidak sihat seperti:
Ia dapat meningkatkan kualiti kehidupan anda dengan peningkatan:
  • Harga diri
  • Komunikasi
  • Perhubungan kekeluargaan, kawan-kawan, mereka yang dikasihi dan lain-lain