Keputusan Malaysia vs Vietnam Piala AFF Suzuki 7 Disember 2014 – Perlawanan Malaysia vs Vietnam ini dilangsungkan di Stadium Shah Alam dan sepak mula dijadulkan pada jam 8.00 malam. Untuk makluman anda juga, perlawanan ini disiarkan secara langsung di TV9 dan juga menerusi FOX Sports / FOX Sports HD (Ch. 812/832).
Untuk pengetahuan anda juga, dalam kempen Piala AFF Suzuki ini yang telah diperkenalkan sejak tahun 1996, rekod Harimau Malaya ke atas Vietnam agak baik dan kali terakhir skuad bola sepak Malaysia berjaya menewaskan lawan mereka itu ialah pada saingan separuh akhir edisi 2010 yang menyaksikan skuad negara meraih kemenangan 2-0. Namun itu hanya rekod sahaja. Terpulang pada anak-anak buah Dollah Salleh pula untuk aksi malam ini.
Bagi mereka yang tidak berpeluang menonton secara live di tv, dibawah ammboi akan update keputusan perlawanan Malaysia vs Vietnam dari masa ke semasa sehingga ke tamat perlawanan.
No comments:
Post a Comment