Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata ketika pegawai syarak yang ditemani suami wanita terbabit tiba di rumah berkenaan, pintunya berkunci dan selepas memberi salam serta mengetuk pintu, ia dibuka wanita itu. Katanya, lelaki terbabit cuba melarikan diri menerusi pintu belakang, namun dicekup sekumpulan penduduk yang menyertai operasi berkenaan.
Rahimin berkata, siasatan mendapati wanita itu berkenalan di kantin kilang tempat lelaki terbabit berkerja dan mereka menjalin hubungan sejak tiga bulan lalu. Katanya, pasangan terbabit mengakui beberapa kali terlanjur dan lelaki itu mendakwa sudah dua kali ke rumah wanita terbabit dengan memaklumkan tujuannya datang pada malam kelmarin untuk berbual. Wanita yang mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun itu memberitahu dia tidak lagi tinggal bersama suaminya sejak dua tahun lalu berikutan lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap. Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan mahram.
MENGAPA INI TERJADI ?
SUAMI MATI PUCUK?
SUAMI TIADA DUIT ?
SUAMI TAK HENSEM?
SUAMI GARANG ?TAK ROMANTIK ?
SUAMI SIBUK ?
SILA KE LAMAN INI ..ADA JALAN PENYELESAIAN
BERINGAT SEBELUM KENA ...
No comments:
Post a Comment