My Blog List

Tuesday 22 April 2014

tips lelaki ; Proses Seorang Wanita Untuk Alami Orgasme



Proses Seorang Wanita Untuk Alami Orgasme - Perasaan orgasme bagi wanita adalah berbeza – beza mengikut individu. Ia di buktikan seorang pengkaji yang membuat kajian terhadap ribuan wanita mengenai orgasme dan beliau memperoleh ribuan jawapan yang berbeza apabila dia bertanya apa yang wanita rasa ketika mereka alami orgasme.

Walaupun rasa orgasme adalah berbeza, proses untuk seseorang wanita itu mencapai orgasme adalah sama bagi setiap dari mereka. Berikut adalah proses umum bagaimana seorang wanita alami orgasme.

Semua wanita akan alami orgasme apabila mereka di rangsang secara emosi dan fizikal. Jika wanita itu hanya di rangsang secara fizikal, dirinya amat susah untuk alami orgasme dan jika dia alami pun, orgasme itu tidak beri apa – apa kesan pada dirinya.

Apabila seorang wanita di rangsang secara emosi sehinggakan wanita tersebut rasa teringin untuk melakukan hubungan seks, fizikal wanita terbabit secara automatik akan bersedia untuk lakukan hubungan seks.

Darah akan mengalir dengan deras ke kawasan seksual seperti pinggul, vagina, mulut, payudara, bahagian dalam peha, perut dan sebagainya. Di sebabkan itu, sel – sel seksual akan sensitif pada sentuhan dan wanita akan terangsang apabila anda meraba – raba di kawasan yang terkumpulnya sel – sel seksual seperti di klitoris, dalam vagina, bahagian dalam peha dan payudara.

Apabila seorang wanita di rangsang secara berterusan, perasaannya akan meletup lalu dia akan alami orgasme. Orgasme adalah gerakan otot di kawasan faraj. Otot bergerak dengan berirama dan perasaan ketika itu sangat nikmat.

Biasanya tempoh seorang wanita mengalami orgasme adalah selama beberapa saat sahaja. Kemudian, wanita itu akan rasa keletihan, damai dan rasa sangat selesa. Ada wanita boleh orgasme berkali – kali dalam masa yang sama. Maksudnya selepas alami orgasme kali pertama, dia akan alami orgasme kedua beberapa saat selepas orgasme kali pertama. Tempoh orgasme boleh meningkat sehingga 20 saat jika wanita tersebut benar – benar terangsang.

Apabila seorang wanita alami orgasme, darah – darah yang terkumpul di bahagian seksual akan terus mengalir ke seluruh badan dan ia akan menyihatkan badan kerana melancarkan aliran darah. Bagi wanita yang tidak alami orgasme ketika melakukan hubungan seks, darah akan terkumpul di bahagian di seksual dalam masa yang lebih lama. Akibatnya, fizikal badan akan terjejas.

No comments:

Post a Comment