My Blog List

Sunday 16 June 2013

Petua Lelaki Untuk Mengatasi Kurang Sperma

Petua Lelaki Untuk Mengatasi Kurang Sperma



1. Lelaki yang merokok, minum minuman keras, terdedah kepada cuaca atau suhu panas dan bahan kimia akan mendapati bilangan sperma mereka kurang. Selain itu kualitinya juga merosot.

2. Pakaian dalam yang ketat dan padat juga mempengaruhi bilangan sperma. Jika kedudukan buah zakar ke bawah, menampungnya ke atas akan memberi tekanan kepada pemerosesan sperma dan bilangan sperma akan berkurangan. Justeru, lelaki itu perlu pakai pakaian dalam yang longgar atau tidak memakai seluar dalam langsung jika dia memakai seluar ketat.

3. Sesetengah ubat juga memberi kesan kepada penghasilan sperma. Ubat antibiotik mengandungi sulfur, ubat nyah kulat seperti ‘ketoconazole’, ubat gastrik seperti Tagamet juga mengakibatkan sperma kurang. Apabila ubat dihentikan atau tukar kepada ubat lain, bilangan sperma akan pulih kembali.

4. Pemeriksaan kesuburan lelaki, termasuk pemeriksaan buah zakar dan jika ujian air mani menunjukkan profil sperma yang tidak normal, ujian darah untuk menyukat hormon kesuburan FSH perlu dilakukan. Jika FSH rendah, ubat penyubur boleh diberi sekurang-kurangnya tiga bulan dan ujian air mani disusuli dengan ujian FSH. Jika ada peningkatan, kemungkinan isteri mengandung. Jika semua normal dan isteri tidak juga hamil, pemeriksaan lanjut kepada isteri perlu dilakukan. Selain ubat khusus, ubat alternatif dalam bentuk herba diberi jika ubat khas itu tidak memberi kesan positif.

5. Tribestan dari herba Tribulus atau Ekstrak larut dalam air akar Tongkat Ali juga didapati berkesan menambah bilangan sperma. Bagaimanapun, lebih baik berjumpa doktor yang mahir dalam pengendalian masalah kesuburan lelaki daripada mencuba ubat yang bukan-bukan 


 DARA PEMALU..TAPI MAU ..





No comments:

Post a Comment