My Blog List

Friday, 31 October 2014

WANITA Kerap Melakukan Onani Sejak Dari Kecil Lagi

Assalamualaikum ustaz..sy pelajar perempuan berusia 17 tahun.masalah saya disini ialah saya kerap mengamalkan onani sejak berusia 8 tahun.waktu kecil dahulu saya tidak tahu bahawa aktiviti tersebut ialah onani, namun setelah menginjak dewasa, saya mengetahuinya. tetapi, saya masih melakukannya. kemusykilan saya ialah :
  1. Adakah wanita mampu mengeluarkan air mani?dan bagaimana mahu mengenal pastinya? 

  2. Adakah wanita kena mandi wajib setelah melakukan onani?
Saya ingin bertaubat. tapi susah. selepas melakukannya, saya menyesal dan bertaubat. Kemudian, esok saya mengulanginya lagi.
  1. Satu lagi,apakah hukum bagi wanita menonton video lucah?
Saya harap ustaz dapat jawab secepat mungkin.terima kasih.

Jawapan

Orang yang sentiasa melakukan onani untuk memuaskan hawa nafsunya itu adalah haram sebab orang tersebut telah merangsang dirinya untuk melakukan onani dengan melihat gambar lucah, video lucah atau sebagainya sehingga menyebabkan pemikirannya terganggu dengan bayangan seksual yang keterlaluan. Hal ini menyebabkan dirinya tidak senang duduk sehingga ia melakukan onani untuk mengurangkan tekanan seksualnya. 

Wanita Mampu Mengeluarkan Air Mani

Air mani perempuan lebih cair dari air mani lelaki dan ia berwarna putih. Cara ia keluar ketika wanita tersebut gersang dan nikmat yang tidak terhingga. Jelas di sini bahawa wanita juga mempunyai air mani dan cara keluarnya juga sama seperti lelaki iaitu gersang dan nikmat yang tidak terhingga ketika mengeluarkan air mani.

Wanita Kena Mandi Wajib Selepas Onani

Kebiasaannya wanita yang onani mencapai kepuasan atau klimak dan selepas itu badannya menjadi layu, letih dan syahwat menjadi reda. Kalau terjadi begini ini bererti wanita tersebut telah mengeluarkan air maninya dengan cara onani dan ia di wajibkan mandi wajib. Sebabnya keluar mani ini merupakan hadas besar yang boleh diangkat dengan cara mandi hadas sahaja.

Hukum Menonton Video Lucah

Hukum menonton video lucah itu adalah haram sebab semasa menonton ia dapat merangsang syahwat orang yang menontonnya. Selain dari itu juga pelakon video lucah tersebut bertelanjang dan mendedahkan segala tubuh badannya. Haram bagi kita melihat aurat orang yang bukan mahramnya. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan janganlah wanita melihat aurat wanita lain”.

Perbuatan melihat video lucah juga dapat membuat seseorang itu berkeinginan untuk melakukan zina dengan sesiapa sahaja. Secara tidak langsung video lucah tersebut dapat membuat seseorang itu melakukan zina dengan pasangan kekasihnya. Ramai anak muda kita diluar sana melakukan perbuatan seperti ini tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Sedikit sebanyak ia semua berpunca dari penyebaran video-video lucah atau filem-filem yang mendedahkan aurat, berpelukan, bercumbuan atau sebagainya.


Ingin Bertaubat

Soal bertaubat ini kita tidak boleh putus asa, kena selalu bertaubat kepada Allah, kalau boleh untuk mengelakkan masalah ini, anda boleh juga melakukan puasa sunat, kerana puasa dapat membendung nafsu dan sedikit sebanyak dapat membantu anda kurang melakukan onani. Selain dari itu juga anda boleh menyibukkan diri anda dengan berbagai pekerjaan dan jangan membiarkan diri anda berseorangan, kerana ia akan menyebabkan anda teringat dan terdorong untuk melihat video lucah atau onani. Rajinkan diri anda untuk menghadiri kelas-kelas agama yang berdekatan sebab orang yang menghadiri kelas-kelas agama atau program ilmu dapat menghilangkan kekotoran yang terdapat di dalam hatinya. Seringlah mohon doa dan merintis kepada Allah supaya masalah anda ini dapat dapat diubati dan dapat dikurangkan.

Ini sahaja tips yang saya dapat berikan, sebenarnya banyak lagi tips yang boleh digunakan untuk mengubati masalah onani ini, tapi apa-apa pun bergantung kepada kekuatan diri masing-masing. Kalau kekuatan rohani tidak kuat maka masalah ini susah untuk diubati. Apa-apa pun hadapi masalah ini dengan penuh kesabaran.

Adakah lelaki lembut dilaknat oleh Allah

Soalan :

Salam ustaz,

Adakah lelaki lembut dilaknat oleh Allah? saya dibesarkan sejak kecil seperti lelaki, tetapi kerana suasana pembesaran, menjadikan saya lebih bersifat keperempuanan. Iaitu, cara saya bercakap lembut, pergerakan juga lembut. bila remaja, saya mula suka kepada kedua-dua lelaki dan perempuan. saya tertarik dengan lelaki yg hensem dan macho. Pada masa yang sama, saya suka perempuan yang alim dan solehah. Tetapi, nafsu shahwat saya lebih terarah kepada lelaki sehinggalah sekarang. Saya tahu homoseks adalah haram dan dilaknat. Saya mencuba untuk menjauhinya dan Alhamdulillah, sekarang nafsu lebih terkawal.. Tetapi, sukar untuk saya padamkan nafsu sonsang tersebut.. Kadang-kadang mata saya masih melirik kepada lelaki hensem.. Saya cuba tundukkan pandangan mata.

saya berdoa agar saya tidak gay dan saya rasa sedikit sebanyak sudah ada hasilnya. Cuma, untuk mempunyai shahwat dengan perempuan pula agak susah. Bila bercakap dengan wanita idaman saya, nafsu saya tidak terangsang sebagaimana saya melihat lelaki hensem..

Apakah nasihat ustaz? Bagaimana harus saya lupuskan kesemua nafsu songsang ?

Selain itu, walaupun perasaan songsang mula lentur, tetapi sikap keperempuanan saya masih ada. Gaya lembut berjalan dan beraksi, cara percakapan saya. Saya rasa, mungkin sekali bercakap dengan orang sahaja, mereka sudah tahu saya jenis lembut.. Tabiat ini susah untuk saya buang. Adakah saya juga berdosa dengan menyerupai wanita dari cara ini? Sebab memang saya berjiwa lembut.

Harap ustaz boleh bagi nasihat.
Jawapan :

Takrif lelaki lembut ialah rangkai kata lembut lembai (dialek Kedah) yg bermaksud orang lelaki yg berjalan seperti orang perempuan. Lelaki yang lembut sering kali suka kepada pekerjaan wanita seperti mengemas rumah, memasak, berhias, berperasaan atau sikap seperti wanita dan sebagainya. Lazimnya lelaki lembut ini tidak suka kepada pekerjaan-pekerjaan yang berat sepertimana pekerjaan lelaki.

Lelaki yang lembut adalah anugerah Allah dan tidak dilaknat Allah selagimana dia tidak melakukan perbuatan sumbang. Semua kejadian manusia dan alam ini adalah dari Allah, mereka juga dijadikan dengan sebaik-baik kejadian tanpa cacat cela. Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” (At-Tin : 4)

Lelaki yang lembut juga memerlukan layanan yang baik sepertimana orang lain, tetapi malangnya masyarakat melayu sekarang ini rata-ratanya melayan mereka ini seperti orang yang tidak bermaruah. Sesiapa yang mempunyai sahabat, keluarga, anak atau sebagainya dianggap malang kerana mengundang kutukan atau celaan orang lain. Mereka lupa sebenarnya ini semua adalah anugerah Allah kepada keluarga atau masyarakat tersebut. Allah hendak menguji mereka bagaimana mereka mendidik lelaki lembut ini atau mereka memdidik lelaki lembut ini kearah kemaksiatan seperti seks sejenis (homoseksual), lesbian atau sebagainya. Baru-baru ini telah digemparkan dengan kisah Fadhil Min yang berkahwin songsang dengan lelaki Inggeris.

Sebenarnya lelaki lembut ini perlu dibimbing mereka ke arah yang dikehendaki oleh syariat supaya mereka tidak terjebak dalam masalah sosial seperti yang dinyatakan di atas. Keluarga perlu bertanggungjawab mengarahkan anak lelaki mereka yang lembut seperti, tidak membiarkan anak lelaki mereka memakai pakaian anak-anak perempuan, tidak membiarkan anak lelaki mereka berkawan dengan perempuan, tidak membiarkan anak lelaki mereka memasak dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan anak lelaki yang lembut tidak mempunyai perasaan perempuan atau cinta songsang.

Sebagai masyarakat, kita tidak semestinya meminggirkan mereka yang lembut ini, kerana kebanyakkan kes yang berlaku seperti pondan atau mat nyah ini adalah disebabkan keluarga dan masyarakat yang meminggirkan mereka. Sebagai masyarakat, kita seharusnya membimbing mereka ke arah apa yang dikehendaki oleh Islam dan memberikan semangat kepada mereka supaya tidak terasa hina dan terpinggir. Sebenarnya lelaki yang lembut ini juga mempunyai kelebihan yang tersendiri yang tidak mampu di buat oleh lelaki biasa. Di antara kelebihannya ialah memasak, mengemas rumah, menjahit dan sebagainya.

Sebagai seorang lelaki yang lembut, anda tidak perlu merasa diri ini hina dan menjadi bebanan kepada keluarga tersebut. Anda juga perlu ingat ini semua adalah ketentuan Allah dan setiap ciptaan Allah tidak sia-sia. Ramai lelaki yang lembut berjaya mengharumkan namanya seperti menjadi pengacara TV, menjadi artis, jadi penceramah, guru, ustaz dan sebagainya. Ini sekaligus menafikan bahawa lelaki lembut ini tidak berguna. Firman Allah yang bermaksud :
“Setiap anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah”.

Kepada sesiapa yang mempunyai sifat lelaki lembut, anak atau kawan yang lembut, mereka tetap lelaki dan hukumnya juga tetap lelaki. Mereka hanya mempunyai perwatakan sahaja lembut seperti wanita, tetapi ketentuan hukum fiqh adalah lelaki. Pergaulannya dengan perempuan tetap haram atau menyerupai wanita juga tetap haram. Ada setengah lelaki lembut ini menganggap diri mereka perempuan sehinggakan mereka berpakaian seperti perempuan, bergincu, seluar ketat, rambut sangul dan malah ada yang bertudung. Kalau yang lebih teruk lagi mengadakan hubungan songsang iaitu jatuh cinta kepada lelaki dan tiada selera keinginan kepada wanita. Ini semua terjadi adalah anggapan mereka yang tertipu dengan syaitan dengan mengatakan bahawa mereka adalah perempuan. Daripada Ibn Abbas r.a. katanya :
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi “halau mereka dari rumahmu.” (Sahih Bukhari)

Kembalilah ke pangkal jalan dan bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dan berjanji tidak lagi mengulangi perbuatan yang terkutuk ini. Allah sangat membenci dan melaknat orang yang melakukan hubungan luar tabi’i. Berhijrahlah diri anda dari perlakuan yang lama kepada perlakuan yang baru, supaya hidup ini menjadi berkat dan menjadi hamba Allah yang baik ( Sifat Mahmudah). Seringlah takut akan azab Allah yang amat dahsyat kepada sesiapa yang melanggar perintah dan hakikat kejadian manusia. Firman Allah yang bermaksud :
“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (Al-Syams : 7-10)
Kesimpulannya 

Lelaki lembut adalah dari ciptaan Allah dan ini semua adalah dari kehendak Allah. Sebagai manusia yang bertaqwa kepada Allah, maka wajiblah kita menerima segala ketentuan dan ketetapan Allah ke atas diri kita. Berbahagialah orang yang menerima ketentuan dan ketetapan Allah, dirinya akan merasa tenang dan akan ditambah cahaya iman dan taqwa di dalam dirinya. Positifkan pemikiran dan berdoa : 
“aku tidak akan melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah seperti bercinta atau mempunyai keinginan songsang. Aku akan menjadi suami kepada seorang isteri yang solehah dan menunaikan segala amanah dan tanggungjawab aku sebagai suami.” Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan segala permintaan kita semua, Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani, seringlah ingatkan Allah dan seringlah memohon pertolongan kepada Allah untuk mengeluarkan diri kita dari segala kesusahan.

Tuesday, 7 October 2014

FIT BODY : CARA SINGKAT BINA BADAN





ARNOLD PRESS


kaedah Arnold Press, dinamakan bersempena  dengan nama seorang pelakon hollywood yang terkenal

dengan badan yang sasa iaitu Arnold Schwarzenegger sebagai pelopor kepada latihan ini, Kaedah senaman

bahu ini mempunyai persamaan senaman  lain.berikut adalah cara-caranya.

kita mulakan pergerakan dengan membawa siku keluar ke sisi. Teruskan untuk meningkatkan siku

sambil menekan overhed dumbbells sehingga lengan lurus. Rendah ke hadapan bahu dalam corak yang

bertentangan dan ulangi.

Pergerakan perlu untuk menekankan bahu sambil meminimumkan otot lengan. Latihan ini

 meningkatkan sisi seperti gerakan dengan beban bahu. Kita bersandar ke depan

sedikit apabila mengangkat Dumbbells.Ikut seperti gambar rajah ini :




BENT OVER SIDE LATERAL RAISE

Bengkok berdiri lebih meningkatkan sisi adalah satu latihan yang lebih maju kerana ia memerlukan anda 

untuk mengekalkan keseimbangan dan kestabilan semasa mengangkat berat. Dengan lebar bahu kaki anda 

selain,bahagian atas badan anda pada sudut 45 darjah dengan lantai, melaksanakan pergerakan lengan yang 

sama seperti yang anda lakukan apabila duduk.

Anda boleh menggunakan mesin kabel untuk bekerja setiap bahagian secara berasingan. Meletakkan kabel 

di menara mesin kabel pada tetapan terendah dan kemudian melampirkan mengendalikan kabel. Berdiri 

dengan lebar bahu kaki anda selain, dengan satu bahagian badan anda menghadap menara. Kemudian 

genggaman mengendalikan dengan tangan jauh dari kabel. Dengan bahagian atas badan anda pada sudut 45 

d
arjah dengan lantai, melaksanakan pergerakan lengan yang sama seperti yang anda lakukan apabila duduk. 
 


Ulangi untuk bahagian lain anda.
 





MILITARY PRESS

Anda boleh menggunakan dumbbells untuk melakukan senaman ini untuk pelbagai gaya.


SHOULDER PRESS


teknik halter bahu, juga dipanggil teknik overhed atau tekan tentera berfungsi bahu dan belakang atas serta 

triceps anda. Ini adalah satu usaha yang baik untuk membina bahu lebar yang kukuh. Pengukuhan bahu 

membantu membuat overhead menolak atau mengangkat pergerakan mudah.



SHRUG




Anda boleh melakukan tdk menggunakan Barbell atau Dumbell.

Anda juga boleh melaksanakan tdk menggunakan mesin kaki menaikkan dengan menjaga pad atas bahu 

anda dan mereka bergerak menggunakan otot bahu anda.

Sejak pergerakan ini menjadi lebih sukar kerana ketinggian bahu penuh dicapai, kriteria ketinggian bagi 

ketinggian bahu mungkin diperlukan. Sebagai contoh, meningkatkan bahu sehingga cerun bahu mendatar 

menjadi boleh dianggap mencukupi bergantung kepada struktur badan individu dan pelbagai gerakan dengan 

berat ringan.


Wednesday, 24 September 2014

Cara Pikat Hati Bakal Mentua

Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga, pastinya langkah yang paling penting untuk diambil adalah mengambil hati bakal mentua. Mungkin ada sahaja situasi di mana ibu bapa tidak berapa selesa dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Sesetengah ibu bapa, mereka beranggapan apabila anak mereka kian dewasa dan ingin mendirikan rumah tangga, seolah anak mereka sudah dirampas orang luar padahal ia tidak dinafikan perkahwinan adalah perkara wajib bagi yang mampu dan untuk menghalalkan perhubungan bukan muhrim.

Ada juga sesetengah ibu bapa yang terlalu risau dengan pilihan pasangan hidup anak mereka kerana takutkan jika ia tidak berkekalan. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir dan apatah lagi jika itu soal jodoh. Ya atau tidak, itu terpulang kepada empunya badan yang ingin dinikahi khususnya wanita. Pokok pangkalnya, pasangan yang ingin menikahi itu hendaklah tahu segala tanggungjawab yang bakal dipikul setelah berumah tangga dan bukan hanya melepaskan batuk di tangga.

DISINI ingin kongsikan cara untuk menarik hati bakal mentua agar hajat yang baik untuk bernikah itu berjalan lancar dan direstui ibu bapa.

Perhati dan pelajari tentang bakal mentua
Perlahan-lahan risik apa yang anda perlu tahu tentang ibubapa pasangan anda. Sebagai contoh ambil tahu apa yang bakal mentua anda sukakan, hobi mereka, masakan kesukaan mereka, dan mungkin ciri-ciri lelaki atau perempuan yang bagaimana mereka sukakan.

Ringankan tulang untuk menawarkan bantuan
Jangan lupa untuk menawarkan bantuan jika anda rasa ia diperlukan seperti contoh jika bakal ibu mertua anda sedang mengangkat barangan yang banyak atau berat, bantulah mereka dengan rela hati.

Jaga Percakapan
Pastikan anda sentiasa menjaga tutur kata dan intonasi percakapan anda agar tidak terkecil hati mereka dan sekaligus boleh membuat anda di blacklist dari menjadi menantu pula. Jika bakal mertua anda seorang yang pendiam, sesekali cuba untuk berkomunikasi dengan mereka seperti bertanyakan tentang hobi dan pekerjaan mereka.

Berpakaian sopan
Memang benar bahawa kita tidak perlu jadi hipokrit dalam pemakaian. Tetapi dalam situasi ini, perlulah juga menjaga pakaian agar kelihatan kemas dan sopan supaya tidak menjejaskan reputasi diri anda dan agar dapat melancarkan perhubungan suai kenal dengan bakal mentua kita. Bagi lelaki, janganlah memakai seluar pendek, jeans berkoyak atau lusuh dan baju tanpa lengan ketika bertemu dengan ibu bapa kekasih anda. Dan buat sang gadis gaya santun adalah yang terbaik dan seharusnya tidak menjolok mata.

Jangan lupa untuk memuji
Memuji dengan ikhlas agar tidak nampak hipokrit pula nanti. Ada tempatnya dan juga masanya untuk memuji sebagai contoh memuji masakan ibu tunang anda sedap atau kediamannya cantik dan kemas.

Beri buah tangan
Jika anda inginkan usaha yang lebih berkesan untuk memikat hati mereka, belikan mereka buah tangan atau apa sahaja sebagai tanda mengingati mereka. Apatah lagi apabila tiba ulang tahun hari jadi mereka. Bonus jika anda sudah risik lebih awal dengan pasangan kesukaan kedua ibu bapanya supaya hati mereka akan lebih berbunga terima cenderahati dari bakal menantu.

Ukuran jari tanda kesuburan lelaki

Cuba lihat pada jari-jemari anda. Dilihat dari segi jumlah memang nampak sama dengan orang lain, namun ukuran, bentuk dan saiz berbeza-beza.
Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jari-jemari sebenarnya menyimpan banyak ‘rahsia’ tentang diri yang anda sendiri tidak menduganya lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki.
Ini kerana sekumpulan penyelidik baru-baru ini telah mendedahkan satu penemuan menarik iaitu panjang jari telunjuk berbanding jari manis pada tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi petunjuk kepada anggaran saiz testikel (buah zakar).
Kajian juga mendakwa kadar atau nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikel.
Kajian telah dijalankan oleh para penyelidik dari Jabatan Urologi di Gachon University Gil Hospital di Incheon dan Seoul National University Hospital, Korea Selatan.
Mereka mendapati bahawa lelaki dewasa dengan jari manis yang lebih panjang berbanding jari telunjuk pada tangan kanan mempunyai, testikel yang lebih besar.
Begitu sebaliknya, iaitu lelaki dengan jari telunjuk yang lebih panjang berbanding jari manis, mereka mempunyai testikel lebih kecil.
Kajian awal tersebut telah mengandaikan bahawa kadar atau nisbah jari kedua dan keempat mempunyai kaitan dengan sistem reproduktif.
Ini berasaskan pada penemuan bahawa gen Hox, yang membantu membentuk bentuk badan seseorang, mengawal perkembangan jari dan perkembangan alat sulit ketika peringkat embrio.
Kajian terdahulu juga mengandaikan bahawa saiz testikel ada hubung kait dengan jumlah air mani yang dihasilkan.
Kajian dijalankan ke atas sejumlah 172 lelaki Korea berumur antara 20 hingga 69 tahun, yang pernah dirawat kerana pembedahan berkaitan aspek urologi.
Pertamanya, para penyelidik mengukur panjang jari kedua dan keempat setiap peserta.
Kemudian secara berasingan, ahli urologi berpengalaman mengukur saiz zakar mereka.
Keputusannya menunjukkan bahawa kadar atau nisbah ukuran jari tersebut berkadaran songsang kepada berat testikel dewasa, membawa maksud jari manis yang lebih panjang mempunyai hubung kait dengan testikel besar dan sebaliknya.
Dalam kajian tersebut penyelidik juga mendapati bahawa umur dan tinggi tidak memberi banyak kesan ke atas saiz testikel, manakala berat seseorang mempunyai kaitan yang ketara
Apa lagi rahsia pada jari anda
Kajian terbaharu mendedahkan bahawa saiz jari telunjuk dan jari manis lelaki dan wanita membawa petunjuk sejauh mana individu tersebut tertarik pada individu berlainan jantina.
Mengikut penemuan itu, wanita yang jari telunjuknya lebih panjang berbanding jari manis kemungkinan mempunyai semetri wajah yang lebih sempurna (sama kedua-dua belah) dan lebih menawan.
Bagi lelaki, ia berlawanan pula, iaitu sesiapa yang jari manis mereka lebih panjang berbanding jari telunjuk kemungkinan besar lebih menarik di mata wanita.
Penemuan ini dibuat oleh Bernhard Fink dari Universiti Vieena, yang mengukur jari 100 wanita dan lelaki serta mengambil gambar muka mereka menggunakan kamera digital.
Beliau menggunakan program di dalam komputer untuk mengetahui raut setiap wajah.


FAKTA MENGENAI KEMALUAN /ZAKAR LELAKI MELAYU

Wanita sememangnya jauh lebih mengambil berat tentang bahagian badannya terutamanya bahagian sulit mereka. Kitaran haid juga dicatatkan untuk memudahkan mereka. Sedikit perubahan pada badan pasti akan diketahui dengan pantas. Tetapi sejauh mana lelaki kenal bahagian badan mereka terutamanya alat sulit mereka sendiri?
 
Berikut merupakan beberapa fakta mengenai alat sulit lelaki yang mungkin mereka sendiri tidak tahu!


1. Merokok boleh memendekkan alat sulit lelaki sekurang-kurangnya 1cm. Ereksi dipengaruhi oleh pengaliran darah dan merokok boleh membuat salur darah tersumbat dan mempengaruhi tahap ereksi seseorang lelaki.

2. Menurut kajian penyelidik Sepanyol, lelaki kacak mempunyai sperma yang lebih kuat.

3. Alat sulit lelaki hilang sensitivity selari dengan peningkatan usia dan semakin tua seseorang lelaki, semakin sukar untuk mereka memancutkan sperma. Mungkin inilah ketikanya proses menopaus seseorang lelaki berlaku.

4. 100 lelaki di seluruh dunia dilahirkan dengan 2 alat sulit lelaki. Keadaan ini dipanggil Diphallus.

5. Kawasan alat sulit lelaki merupakan tempat pembiakan bakteria yang tertinggi kerana satu daripada sepuluh lelaki menggunakan seluar yang sama lebih daripada 3 hari.

6. Lelaki mencapai kemuncak klimaks selama 6 saat sahaja dengan kadar 28 batu sejam.

7. Lelaki Perancis dikatakan mempunyai purata saiz alat sulit lelaki terbesar iaitu 6.2 inci.

8. State University of New York telah membuktikan logic yang mengatakan, lebih panjang alat sulit seseorang lelaki, lebih mudah untuk sperma berenang untuk proses ovulasi.

9. 9 peratus lelaki di seluruh dunia memilih untuk tidak memakai seluar dalam.

10. Sekiranya mayat seseorang lelaki dijumpai tergantung, dia turut akan mengalami ereksi yang dipanggil ‘angel lust’.

Monday, 22 September 2014

Kesan Kerandut Zakar Sebelah

SAYA ingin tahu, jika satu daripada dua buah kerandut dibuang, bolehkah ia menghasilkan sperma dengan baik?
INGIN TAHU
Klang, Selangor
Buah kerandut atau testis memang berfungsi menghasilkan sperma atau benih lelaki. Lelaki normal pasti dianugerahkan sepasang buah kerandut.

Ketika masih di dalam perut ibunya, kedua-dua buah kerandut itu berada dalam perut dan berdekatan buah pinggang dan selepas masuk usia lima bulan baru kedua-duanya turun ke dalam kerandut.

Ada juga ketika, satu daripada buah kerandut tersangkut dan tidak masuk ke dalam kerandutnya. Jarang sekali kedua-dua buah kerandut tidak masuk ke dalam kerandutnya.

Selain itu ada situasi yang mana buah kerandut tidak menjadi dan lelaki itu tidak mempunyainya.

Oleh itu, jika lelaki itu mempunyai satu buah kerandut ketika menjalani tumbesaran yang normal, ia mampu menghasilkan sperma.

Untuk kepastian, tidak salah untuk lelaki yang mempunyai satu buah kerandut menjalani pemeriksaan (untuk menyukat jika saiznya normal) dan menjalani ujian air mani bagi mengetahui sama ada dia mampu menghasilkan sperma.

Anda juga perlu berbuat demikian jika was-was mengenai kesuburan. Anda perlu bertemu doktor untuk menyatakan masalah dan boleh lakukan ujian air mani di makmal.