My Blog List

Wednesday, 24 September 2014

Cara Pikat Hati Bakal Mentua

Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga, pastinya langkah yang paling penting untuk diambil adalah mengambil hati bakal mentua. Mungkin ada sahaja situasi di mana ibu bapa tidak berapa selesa dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Sesetengah ibu bapa, mereka beranggapan apabila anak mereka kian dewasa dan ingin mendirikan rumah tangga, seolah anak mereka sudah dirampas orang luar padahal ia tidak dinafikan perkahwinan adalah perkara wajib bagi yang mampu dan untuk menghalalkan perhubungan bukan muhrim.

Ada juga sesetengah ibu bapa yang terlalu risau dengan pilihan pasangan hidup anak mereka kerana takutkan jika ia tidak berkekalan. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir dan apatah lagi jika itu soal jodoh. Ya atau tidak, itu terpulang kepada empunya badan yang ingin dinikahi khususnya wanita. Pokok pangkalnya, pasangan yang ingin menikahi itu hendaklah tahu segala tanggungjawab yang bakal dipikul setelah berumah tangga dan bukan hanya melepaskan batuk di tangga.

DISINI ingin kongsikan cara untuk menarik hati bakal mentua agar hajat yang baik untuk bernikah itu berjalan lancar dan direstui ibu bapa.

Perhati dan pelajari tentang bakal mentua
Perlahan-lahan risik apa yang anda perlu tahu tentang ibubapa pasangan anda. Sebagai contoh ambil tahu apa yang bakal mentua anda sukakan, hobi mereka, masakan kesukaan mereka, dan mungkin ciri-ciri lelaki atau perempuan yang bagaimana mereka sukakan.

Ringankan tulang untuk menawarkan bantuan
Jangan lupa untuk menawarkan bantuan jika anda rasa ia diperlukan seperti contoh jika bakal ibu mertua anda sedang mengangkat barangan yang banyak atau berat, bantulah mereka dengan rela hati.

Jaga Percakapan
Pastikan anda sentiasa menjaga tutur kata dan intonasi percakapan anda agar tidak terkecil hati mereka dan sekaligus boleh membuat anda di blacklist dari menjadi menantu pula. Jika bakal mertua anda seorang yang pendiam, sesekali cuba untuk berkomunikasi dengan mereka seperti bertanyakan tentang hobi dan pekerjaan mereka.

Berpakaian sopan
Memang benar bahawa kita tidak perlu jadi hipokrit dalam pemakaian. Tetapi dalam situasi ini, perlulah juga menjaga pakaian agar kelihatan kemas dan sopan supaya tidak menjejaskan reputasi diri anda dan agar dapat melancarkan perhubungan suai kenal dengan bakal mentua kita. Bagi lelaki, janganlah memakai seluar pendek, jeans berkoyak atau lusuh dan baju tanpa lengan ketika bertemu dengan ibu bapa kekasih anda. Dan buat sang gadis gaya santun adalah yang terbaik dan seharusnya tidak menjolok mata.

Jangan lupa untuk memuji
Memuji dengan ikhlas agar tidak nampak hipokrit pula nanti. Ada tempatnya dan juga masanya untuk memuji sebagai contoh memuji masakan ibu tunang anda sedap atau kediamannya cantik dan kemas.

Beri buah tangan
Jika anda inginkan usaha yang lebih berkesan untuk memikat hati mereka, belikan mereka buah tangan atau apa sahaja sebagai tanda mengingati mereka. Apatah lagi apabila tiba ulang tahun hari jadi mereka. Bonus jika anda sudah risik lebih awal dengan pasangan kesukaan kedua ibu bapanya supaya hati mereka akan lebih berbunga terima cenderahati dari bakal menantu.

Ukuran jari tanda kesuburan lelaki

Cuba lihat pada jari-jemari anda. Dilihat dari segi jumlah memang nampak sama dengan orang lain, namun ukuran, bentuk dan saiz berbeza-beza.
Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jari-jemari sebenarnya menyimpan banyak ‘rahsia’ tentang diri yang anda sendiri tidak menduganya lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki.
Ini kerana sekumpulan penyelidik baru-baru ini telah mendedahkan satu penemuan menarik iaitu panjang jari telunjuk berbanding jari manis pada tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi petunjuk kepada anggaran saiz testikel (buah zakar).
Kajian juga mendakwa kadar atau nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikel.
Kajian telah dijalankan oleh para penyelidik dari Jabatan Urologi di Gachon University Gil Hospital di Incheon dan Seoul National University Hospital, Korea Selatan.
Mereka mendapati bahawa lelaki dewasa dengan jari manis yang lebih panjang berbanding jari telunjuk pada tangan kanan mempunyai, testikel yang lebih besar.
Begitu sebaliknya, iaitu lelaki dengan jari telunjuk yang lebih panjang berbanding jari manis, mereka mempunyai testikel lebih kecil.
Kajian awal tersebut telah mengandaikan bahawa kadar atau nisbah jari kedua dan keempat mempunyai kaitan dengan sistem reproduktif.
Ini berasaskan pada penemuan bahawa gen Hox, yang membantu membentuk bentuk badan seseorang, mengawal perkembangan jari dan perkembangan alat sulit ketika peringkat embrio.
Kajian terdahulu juga mengandaikan bahawa saiz testikel ada hubung kait dengan jumlah air mani yang dihasilkan.
Kajian dijalankan ke atas sejumlah 172 lelaki Korea berumur antara 20 hingga 69 tahun, yang pernah dirawat kerana pembedahan berkaitan aspek urologi.
Pertamanya, para penyelidik mengukur panjang jari kedua dan keempat setiap peserta.
Kemudian secara berasingan, ahli urologi berpengalaman mengukur saiz zakar mereka.
Keputusannya menunjukkan bahawa kadar atau nisbah ukuran jari tersebut berkadaran songsang kepada berat testikel dewasa, membawa maksud jari manis yang lebih panjang mempunyai hubung kait dengan testikel besar dan sebaliknya.
Dalam kajian tersebut penyelidik juga mendapati bahawa umur dan tinggi tidak memberi banyak kesan ke atas saiz testikel, manakala berat seseorang mempunyai kaitan yang ketara
Apa lagi rahsia pada jari anda
Kajian terbaharu mendedahkan bahawa saiz jari telunjuk dan jari manis lelaki dan wanita membawa petunjuk sejauh mana individu tersebut tertarik pada individu berlainan jantina.
Mengikut penemuan itu, wanita yang jari telunjuknya lebih panjang berbanding jari manis kemungkinan mempunyai semetri wajah yang lebih sempurna (sama kedua-dua belah) dan lebih menawan.
Bagi lelaki, ia berlawanan pula, iaitu sesiapa yang jari manis mereka lebih panjang berbanding jari telunjuk kemungkinan besar lebih menarik di mata wanita.
Penemuan ini dibuat oleh Bernhard Fink dari Universiti Vieena, yang mengukur jari 100 wanita dan lelaki serta mengambil gambar muka mereka menggunakan kamera digital.
Beliau menggunakan program di dalam komputer untuk mengetahui raut setiap wajah.


FAKTA MENGENAI KEMALUAN /ZAKAR LELAKI MELAYU

Wanita sememangnya jauh lebih mengambil berat tentang bahagian badannya terutamanya bahagian sulit mereka. Kitaran haid juga dicatatkan untuk memudahkan mereka. Sedikit perubahan pada badan pasti akan diketahui dengan pantas. Tetapi sejauh mana lelaki kenal bahagian badan mereka terutamanya alat sulit mereka sendiri?
 
Berikut merupakan beberapa fakta mengenai alat sulit lelaki yang mungkin mereka sendiri tidak tahu!


1. Merokok boleh memendekkan alat sulit lelaki sekurang-kurangnya 1cm. Ereksi dipengaruhi oleh pengaliran darah dan merokok boleh membuat salur darah tersumbat dan mempengaruhi tahap ereksi seseorang lelaki.

2. Menurut kajian penyelidik Sepanyol, lelaki kacak mempunyai sperma yang lebih kuat.

3. Alat sulit lelaki hilang sensitivity selari dengan peningkatan usia dan semakin tua seseorang lelaki, semakin sukar untuk mereka memancutkan sperma. Mungkin inilah ketikanya proses menopaus seseorang lelaki berlaku.

4. 100 lelaki di seluruh dunia dilahirkan dengan 2 alat sulit lelaki. Keadaan ini dipanggil Diphallus.

5. Kawasan alat sulit lelaki merupakan tempat pembiakan bakteria yang tertinggi kerana satu daripada sepuluh lelaki menggunakan seluar yang sama lebih daripada 3 hari.

6. Lelaki mencapai kemuncak klimaks selama 6 saat sahaja dengan kadar 28 batu sejam.

7. Lelaki Perancis dikatakan mempunyai purata saiz alat sulit lelaki terbesar iaitu 6.2 inci.

8. State University of New York telah membuktikan logic yang mengatakan, lebih panjang alat sulit seseorang lelaki, lebih mudah untuk sperma berenang untuk proses ovulasi.

9. 9 peratus lelaki di seluruh dunia memilih untuk tidak memakai seluar dalam.

10. Sekiranya mayat seseorang lelaki dijumpai tergantung, dia turut akan mengalami ereksi yang dipanggil ‘angel lust’.

Monday, 22 September 2014

Kesan Kerandut Zakar Sebelah

SAYA ingin tahu, jika satu daripada dua buah kerandut dibuang, bolehkah ia menghasilkan sperma dengan baik?
INGIN TAHU
Klang, Selangor
Buah kerandut atau testis memang berfungsi menghasilkan sperma atau benih lelaki. Lelaki normal pasti dianugerahkan sepasang buah kerandut.

Ketika masih di dalam perut ibunya, kedua-dua buah kerandut itu berada dalam perut dan berdekatan buah pinggang dan selepas masuk usia lima bulan baru kedua-duanya turun ke dalam kerandut.

Ada juga ketika, satu daripada buah kerandut tersangkut dan tidak masuk ke dalam kerandutnya. Jarang sekali kedua-dua buah kerandut tidak masuk ke dalam kerandutnya.

Selain itu ada situasi yang mana buah kerandut tidak menjadi dan lelaki itu tidak mempunyainya.

Oleh itu, jika lelaki itu mempunyai satu buah kerandut ketika menjalani tumbesaran yang normal, ia mampu menghasilkan sperma.

Untuk kepastian, tidak salah untuk lelaki yang mempunyai satu buah kerandut menjalani pemeriksaan (untuk menyukat jika saiznya normal) dan menjalani ujian air mani bagi mengetahui sama ada dia mampu menghasilkan sperma.

Anda juga perlu berbuat demikian jika was-was mengenai kesuburan. Anda perlu bertemu doktor untuk menyatakan masalah dan boleh lakukan ujian air mani di makmal.

Faraj Isteri Sakit Ketika Masukkan Zakar

SAYA berkahwin sembilan bulan lalu. Malangnya saya selalu gagal menembusi faraj isteri. Isteri saya selalu mengadu sakit dan dia selalu menolak badan saya ketika saya ingin memasukkan kelamin.

Berat badan isteri saya hanya 38 kilogram (kg). Alat kelamin saya menegang secara normal dan air mani juga boleh keluar seperti biasa. Adakah masalah ini berpunca daripada saya atau disebabkan oleh badan isteri yang terlalu kecil?

LELAKI RESAH
Putrajaya

Masalah yang anda dan pasangan alami bukan perkara baru. Ini berlaku kerana kejahilan mengenai fungsi anggota kelamin dan hubungan intim seksual.

Anda mungkin sedar dan tahu fungsi anggota kelamin seperti yang anda jelaskan, mungkin juga isteri anda kurang faham mengenai fungsi anggota kelaminnya.

Sewajarnya dia perlu tahu yang dia mengawal sistem anggota kelaminnya dan ini termasuk pembukaan kelaminnya.

Dalam keadaan seriau, dia mencengkam paha dan otot yang mengawal pembukaannya dan keadaan itu dikenali sebagai ‘vaginismus’.

Dia mungkin tidak tahu yang dia perlu melegakan pembukaan kelaminnya sebelum dia halakan ereksi anda ke pintu kelaminnya. Untuk menyenangkan kemasukan ereksi ke dalam kelaminnya, dia perlu meluaskan ruang pembukaannya dengan tidak mengemut.

Jika dia berasa kesat atau perjalanan ke ruang kelaminnya kurang lembap, dia boleh gunakan pelicin untuk disapu ke pembukaan pintu kelamin dan hujung ereksi anda.

Dengan kerjasama yang anda dapati, anda juga boleh kuatkan ereksi dengan mengemut dan menyorong ereksi secara lembut. Jika pasangan memadatkan pembukaan kelaminnya, sudah tentu dia terasa sakit.

Ini tindak balas semula jadi untuk semua wanita yang akan mengemut apabila terasa terancam. Sudah tentu ia menyakitkan bahagian itu, terutama jika pasangan memaksa.




Kemaluan Kecil Buat Rasa Rendah Diri

SAYA mengalami masalah kemaluan kecil dan pendek, saya juga sering tiada ghairah untuk bersama isteri memandangkan keadaan saya yang kurang sempurna. Tiap kali bersama, hanya isteri yang melakukan aksi.
Apa harus saya lakukan demi mencapai kesempurnaan diri sebagai lelaki sempurna, adakah masalah ini masih boleh diatasi? 

DUAN
Kuala Kangsar, Perak
 


Bukan anda seorang saja yang berasa anggota kelamin kecil. Malah lelaki yang mempunyai anggota sulit berbentuk normal dan saiz normal mengikut baka dan keturunannya juga rasa begitu. 

Jadi tidak hairan jika ada pelbagai krim, kapsul ajaib dan kaedah urutan serta teknik suntikan yang kononnya khusus untuk menangani masalah saiz alat kelamin lelaki mendapat sambutan hangat tanpa mengira sama ada ia berkesan dan selamat. 

Tidak hairan juga jika sebahagian besar lelaki yang mengamalkan kaedah itu merana dalam sepi kerana kesan sampingan dan kesan salah guna kaedah itu akan mensia-siakan dirinya. 

Daripada keterangan yang anda beri, nampaknya pasangan anda sangat teruja dengan anda memandangkan dia kerap beraksi daripada anda. Ini keadaan yang positif, bukan sebaliknya. 

Jika tidak puas dan tidak seronok, tentu dia tidak rancak melakukan hubungan intim dengan anda. Ini sebenarnya petanda yang anda lelaki sempurna. 

Buang sikap negatif anda dan sama-sama menikmati keseronokan hidup bersama pasangan. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Bekerjasama dengan pasangan dan jika ada apa-apa yang kurang, dapatkan pandangannya dan sama-sama cuba mengatasinya. 

Jika masalah dialami itu ada kaitan dengan kesihatan, jumpa doktor atau pakar berkaitan.

Adakah Kerap Melakukan Hubungan Seks Penyebab Sakit Pangkal Perut

SAYA menghadapi kesakitan ketika melakukan perhubungan seks. 
Adakah kesakitan yang dirasakan pada pangkal tepi perut kerana menahan mengeluarkan air mani boleh mendatangkan kesan kepada alat kelamin? 

REMY,Kuala Lumpur


Apabila lelaki terangsang, perjalanan darah kepada zakar meningkat dan anggota berkenaan menegang. Otot badan terutama sekali otot pinggang, perut, paha dan punggung dalam keadaan tegang ketika klimaks. 

Ketika seseorang itu dalam keadaan terangsang, otot badannya dalam keadaan separa mencengkam apatah lagi jika mengawal daripada klimaks. Dia terpaksa menahan otot perut dan mungkin mengemut supaya proses permulaan ejakulasi terencat. 

Dengan menggunakan daya yang tinggi untuk mengawal ejakulasi, sudah tentu otot terasa tidak selesa dan mungkin sakit atau lenguh. Perkara ini akan dialami setiap kali berkelakuan sedemikian. 

Jika mampu menerima keadaan tidak selesa itu, perkara tadi bukan masalah untuknya tetapi sekiranya berasa tidak selesa apa yang harus dilakukan ialah menghentikannya.